Semakan BMT RISDA 2022 (Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh)

Kongsi Artikel Ini

Semakan BMT RISDA 2022. Kerajaan dengan menerusi pembentangan Belanjawan 2022 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT RISDA 2022) iaitu sebanyak RM600 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191 juta kepada para pekebun kecil di seluruh negara yang telah terjejas pendapatannya ketika musim tengkujuh.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, kadar bantuan iaitu sebanyak RM600 seorang akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dalam 2 peringkat iaitu RM300 pada bulan November 2022 dan RM300 pada bulan Disember 2022.


Berikut kami akan dikongsikan lebih lanjut mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT 2022) untuk dijadikan panduan kepada penerima dan pemohon yang terlibat.

Isi Kandungan

PENGENALAN BMT RISDA

Untuk pengetahuan anda, Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan juga akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ianya bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan dengan bencana di musim tengkujuh.

SEMAKAN BMT RISDAH 2022



Kepada setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran iaitu sebanyak RM600 setiap seorang.

SYARAT KELAYAKAN BMT RISDAH 2022:

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah.

SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK:

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

BMT RISDA 2022

CARA PERMOHONAN BMT RISDAH 2022




Kepada pengusaha kebun yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/ mengikut kategori yang berikut:

i) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  2. Geran asal tanah dan salinan.
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif.

ii) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/ wakil yang sah.

Anda boleh rujuk garispanduan melalui lampiran di bawah:

bmt-risda-2022

Sekiranya Tuan/ Puan mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4251 0171 atau boleh terus laman web http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan.

BMT RISDA 2022

KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN BMT RISDA 2022



Kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan.

BMT RISDA 2022

SEMAKAN KEPUTUSAN BMT RISDA 2022




Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau hubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Anda juga boleh membuat semakan di pautan https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Sila isikan no kad pengenalan dan tekan butang HANTAR.

Status anda akan dipaparkan seperti dalam tangkap layar di bawah:

BMT RISDA 2022

Jika anda mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial seperti dalam tangkap layar di bawah.

TARIKH PEMBAYARAN BMT RISDA 2022



Bayaran bantuan sebanyak RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu sebanyak RM300 pada November 2022 dan baki RM300 lagi pada Disember 2022.

CARA PEMBAYARAN

Bantuan ini akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan dengan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125/ 03-42512135 atau 03-42512023.

Leave a Comment