Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Sehingga RM61,000

Kongsi Artikel Ini

Polis Bantuan

Isi Kandungan

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Tahun 2022

Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, terdapat beberapa inisiatif Kerajaan yang telah diperkenalkan melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia khusus untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.


Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

6 Inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia


1. Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000

Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa.

Bantuan Wang Ihsan (atau BWI) telah dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan. Ini akan memanfaatkan lebih 45,000 Ketua Isi Rumah.




Angka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kita selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS).

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

2. Bantuan Pembelian Barang Keperluan RM2,500

Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 ini dikhaskan bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.



Memandangkan banyak sukarelawan serta NGO telah memberikan sumbangan peralatan kepada mangsa dan untuk mengelakkan pertindihan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai ini khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing.

Pemberian ini adalah khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir.

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

3. Bantuan Baik Pulih Rumah Sehingga RM5000


Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas.

Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah.

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Sehingga RM61,000 11

4. Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500




Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir.

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

5. Rebat Bil Elektrik 100% 



Rebat Bil Elektrik 100% bagi mereka yang layak.

6. Diskaun Baik Pulih Kenderaan / Rebat Penggantian Kenderaan Baharu RM1000 

Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta.


Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀

Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir.

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.

Semoga semua bantuan Kerajaan ini akan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dengan musibah banjir yang sedang melanda negara.



Info Lanjut Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, sila layari laman web https://bantuanbanjir.com/index.html


Jangan terlepas dapatkan info lebih berkenaan Info Bantuan Kerajaan, Kerjaya & Isu Semasa di www.triviamy.com

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

Leave a Comment