Pengecualian Bayaran Balik PTPTN: Cara Permohonan Online

Kongsi Artikel Ini

PTPTN: Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN. Untuk makluman anda, artikel kali ini akan berkongsi berkaitan permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Anda adalah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama?

Mari ikuti langkah yang mudah untuk membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN anda.

Isi Kandungan

PENGENALAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN

Bagi pengecualian bayaran balik bagi peminjam yang telah mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf yang telah ditawarkan kepada semua peminjam PTPTN sebagai menghargai peminjam.

Baca Juga: Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa

Kini permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui Portal Rasmi PTPTN.

NOTA: kepadan anda yang ingin mendapatkan kepastian bagi pangkat ijazah anda boleh tanya kepada unit pengijazahan akademik, kerana setiap universiti berbeza-beza grednya.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat-syarat bagi pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti yang berikut:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa.
  2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT.
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
  5. Kursus/Program yang telah diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapatkan  Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan.
  6. Hendaklah mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
  7. Dikategorikan sebagai keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

CARA MEMOHON PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN

Peminjam mestilah membuat permohonan secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh masa 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Cara untuk memohon boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Mudah, cepat & selamat!

Sila rujuk langkah-langkah  untuk membuat permohonan seperti yang di bawah:

Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Laman Web Rasmi PTPTN

Pengecualian Bayaran Balik Ijazah Kelas Pertama PTPTN

Cara Mohon Pengecualian Bayaran PTPTN

Maklumat Pengajian PTPTN

Dokumen Sokongan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

DOKUMEN DIPERLUKAN

Bil. Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019 Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019
1. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang telah disahkan (Skrol). Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang telah disahkan (Skrol).
2. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang telah disahkan. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang telah disahkan.
3. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang telah disahkan (Bagi peminjam IPTS). Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang telah disahkan (Bagi peminjam IPTS).
4. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah). Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).
5. Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip). Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip).
6. Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang telah ditetapkan*. Slip Gaji yang Terkini. Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan). Penyata Cukai Taksiran Terkini. Penyata KWSP Terkini/Surat Pengesahan bagi Bukan Ahli KWSP. Surat Penyata Pencen. Penyata Pencen Penakat (PERKESO). Sijil Kematian. Sijil Cerai. Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes yang Tidak Dapat Dikesan). Surat Akuan Sumpah (Penjaga). *(mana-mana yang berkaitan)

*Untuk cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan serta Nama Jabatan.

Baca Juga: Cara Mohon Skim Internet Pakej Asas, Bujang & Keluarga

MAKLUMAT LANJUT

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263

Waktu operasi Live Chat PTPTN: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat) kecuali pada Cuti Umum.

Leave a Comment