MyVac: Cara Daftar Sukarelawan Dengan Elaun Harian RM50

MyVac: Cara Daftar Sukarelawan Bukan Kesihatan (Elaun Harian RM50). Untuk makluman anda semua, pendaftaran sukarelawan MyVac kini telah dibuka!

Kepada yang layak, anda boleh mendaftar MyVac untuk menjadi sukarela/volunteer bukan kesihatan dan layak untuk mendapat elaun harian sebanyak RM50.

Perkhidmatan anda diperlukan agar dapat membantu proses pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia.

Baca Juga: Permohonan Skim Internet Pakej Keluarga, Bujang dan Asas

AYUH Sertai SUKARELAWAN MYVAC agar dapat bertugas di Pusat Pemberian Vaksin seluruh Negara.

Di sini akan kami kongsikan lebih lanjut tentang apakah itu sukarelawan MyVac dan bagaimana untuk membuat permohonan pendaftaran sebagai sukarelawan MyVac secara online.

PENGENALAN MYVAC

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan salah satu inisiatif yang telah ditubuhkan dengan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) bagi membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.

Baca Juga: Permohonan Biasiswa Yayasan Angkasa

Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi satu instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity”

Dengan itu, MySukarela ditubuhkan agar dapat menyokong pelaksanaan MyVAC dengan sangat berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela berkhidmat serta bersemangat dari semua lapisan masyarakat.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan untuk mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.

Semua orang telah dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti MyVAC. Daftar sebagai sukarelawan hari ini.

SEMAKAN KELAYAKAN/SKOP TUGAS

Program ini telah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang mempunyai sihat tubuh badan yang sihat.

Terdapat 2 jenis sukarelawan iaitu Sukarelawan Bukan Kesihatan dan Sukarelawan Kesihatan.

Sukarelawan boleh memilih sama ada ingin menjadi sukarelawan kesihatan ataupun bukan kesihatan, berdasarkan kelayakan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri dan daerah.

Antara skop tugasan yang dikenalpasti :

  • Sukarelawan Kesihatan: Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19.
  • Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, janji temu, pendaftaran dan mengawal ruang menunggu.

Anda boleh membuat pilihan ini sewaktu anda membuat pendaftaran di laman web. Walau Bagaimanapun, untuk sukarelawan bukan kesihatan, bidang tugasan spesifik akan ditentukan oleh penyelia masing-masing di PPV nanti.

Pendaftaran Sukarelawan MyVac 2021

BAYARAN ELAUN & SIJIL SUKARELAWAN MYVAC

Mengambil prinsip bahawa MyVac ini ialah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri dalam usaha untuk memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti yang di bawah:

  • RM50.00 bagi setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.
  • RM25.00 bagi setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.

Kad pengenalan diri serta vest akan diberikan kepada setiap sukarelawan yang akan bertugas.

Di akhir program PICK, sijil bagi setiap sukarelawan juga akan dikeluarkan.

Daftar Sukarelawan MyVac

TEMPOH MASA BERTUGAS

Jangka masa bertugas bagi setiap sukarelawan terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu:

  • Satu Sesi: Enam (6) jam satu sesi. Sukarelawan MyVac hanya perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum.
  • Dua (2) sesi: Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV. Sekiranya terdapat PPV yang telah beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.

Bagi setiap sukarelawan boleh memilih tarikh untuk bertugas. Setiap syif bertugas adalah untuk tempoh selama 6 jam.

Pemilihan boleh dilakukan semasa berada di dalam laman web setelah berjaya dipilih menjadi sukarelawan.

Sukarelawan hanya perlu bertugas sekurang kurangnya tujuh (7) hari berturut-turut.

Setiap sukarelawan boleh memilih kawasan bertugas mereka, tetapi ianya bergantung kepada kekosongan di lokasi tersebut.

CARA MENDAFTAR SUKARELAWAN MYVAC

Di bawah adalah proses menjadi sukarelawan MyVac:

  1. Mendaftar minat anda di www.myvac.com.my
  2. Mengesahkan pendaftaran anda melalui emel. Pengesahan APC oleh KKM akan dilakukan untuk Sukarelawan Kesihatan (jangkaan 5 hari bekerja).
  3. Seterusnya, anda mestilah menghadiri satu latihan secara maya. Hanya untuk sukarelawan kesihatan, satu taklimat khas akan diberikan secara maya (tarikh taklimat akan diketahui dalam laman profil anda).
  4. Lengkapkan profil anda dengan mengisikan butiran bank, butiran waris terdekat serta memuat naikan gambar profil anda.
  5. Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan (borang-borang ini boleh didapati di dalam laman profil anda.
  6. Kemudian anda hendaklah melaporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan berdekatan untuk menandatangani Surat Tawaran Sukarelawan dan mengambil kit sukarelawan.
  7. Membuat pilihan tarikh, masa dan lokasi untuk bertugas. Kesesuaian dan kekosongan tarikh, masa serta lokasi akan diketahui serta-merta.
  8. Tiga (3) hari sebelum tarikh lapor diri, anda dikehendaki untuk mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 di dalam laman profil anda.
  9. Hadir sejam lebih awal di PPV pada waktu tarikh mula bertugas (atau seperti dipersetujui oleh penyelia PPV).

Cara Daftar Sukaralewan MyVac

Cara Daftar Sukarelawan MyVac

Cara Daftar Sukarelawan MyVac

SURAT SOKONGAN PELEPASAN

Surat sokongan pelepasan hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Anda juga boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan di Daerah yang terdekat dengan anda setelah anda disahkan berjaya menjadi seorang sukarelawan MyVac.

Namun dengan itu, pelepasan daripada tempat kerja/belajar adalah dimuktamadkan oleh majikan/institusi pengajian masing-masing.

SOALAN LAZIM MYVAC

Adakah Sukarelawan MyVac akan dapat giliran vaksin lebih awal?

Tidak. Suntikan vaksin akan diberikan mengikut fasa yang telah ditetapkan.

Bilakah tarikh tutup untuk MyVac?

Buat waktu ini, belum ada tarikh tutup yang ditetapkan untuk mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac. Anda boleh mendaftar melalui link www.myvac.com.my.

Walau Bagaimanapun, kekosongan untuk menjadi sukarelawan adalah bergantung kepada keperluan di PPV.

Sekiranya bilangan sukarelawan di setiap PPV adalah mencukupi, anda akan diletakkan di dalam senarai simpanan dan akan dimaklumkan kelak sekiranya ada kekosongan di PPV.

Siapakah yang boleh menjadi saksi untuk semua borang pengesahan MyVac?i

i) Deklarasi Kesihatan – Disahkan oleh sukarelawan itu sendiri.

ii) Borang Penepian Liabiliti – Disaksikan oleh sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas.

iii) Borang Akta Rahsia – Disaksikan oleh pegawai penjawat awam (Gred 41 dan ke atas) dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau Kementerian Belia dan Sukan. Anda boleh mengunjungi mana-mana Pejabat Belia dan Sukan/ Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan anda).

Adakah saya perlu mengahdiri latihan?

Latihan sukarelawan akan diberikan secara maya.

Kesemua sukarelawan haruslah menghabiskan kesemua modul yang diberikan dan juga lulus kuiz yang termaklum dalam semua modul.

Adakah saya perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan?

Tidak, Sukarelawan hanya perlu melakukan pengesahan deklarasi kesihatan di dalam laman web sahaja.

Bersama kita memudahkan bagi urusan pemberian vaksin bagi seluruh rakyat Malaysia.

Daftar sekarang di www.myvac.com.my

Maklumat Lanjut

MySukarela Hotline

Waktu Operasi : 9am – 6pm

Email : [email protected]

Whatsapp (Message Only) : (+60) 17-303 9042

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan