Lesen Memandu 2021: Harga & Peraturan Lesen Kereta/ Motosikal

Lesen Memandu 2021: Peraturan Terkini & Harga Lesen Kereta/ Motosikal

Adakah anda ingin mengambil lesen memandu pada tahun 2021? mahu mencari cari info berkaitan harga lesen memandu kereta & motisikal yang terkini? Berikut adalah merupakan maklumat berkaitan lesen memandu tahun 2021 untuk anda.

HARGA LESEN MEMANDU

Penentuan bagi pakej harga serta kos ambil lesen memandu kereta atau motor termasuk kereta auto di semua negeri adalah berdasarkan yuran lesen belajar memandu yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.

Baca Juga: 10 Jenis Surat Diterima Pakai di Sekatan Jalan Raya

Senarai kadar bayaran yang dikenakan & ditawarkan sekarang, anda boleh menyemak pakej belajar memandu di bawah:

  • Harga Lesen Motosikal & Harga Lesen Kereta 2021
  • Motosikal B2 (motor b2 tidak melebihi 250 cc) : RM350 hingga RM450
  • Harga Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
  • Harga Lesen memandu Kereta transmisi auto automatik DA : RM1250 hingga Rm1500
  • Kepada anda yang berumur 21 tahun dan ke atas boleh mohon dan mendapatkan lesen E untuk memandu bas atau memandu lori

PERATURAN LESEN MEMANDU

  1. Bagi setiap sekolah memandu wajib memaparkan kadar bayaran harga baru bagi lesen motor dan kereta untuk tahun 2021 samada belajar memandu di semua negeri di Malaysia.
  2. Setiap kenderaan akan dipasangkan kamera, agar dapat melihat dan mengelakkan penguji ambil kesempatan termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab yang munasabah.
  3. Selepas ini, tidak akan ada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ. Ini kerana ujian tanpa penguji akan dilaksanakan tidak lama lagi.
  4. Ujian komputer juga selepas ini akan dipantau sepenuhnya menggunakan sistem video di dalam bilik ujian.

SEMAK HARGA LESEN MEMANDU TERKINI

Berikut adalah cara untuk menyemak harga lesen memandu:

  1. Sila semak kadar harga yang anda telah pilih dan anda ambil tidak melebihi julat harga maksimum yang telah ditawarkan.

Jika harga yang telah ditawarkan terlalu mahal, anda boleh memilih institut memandu yang lain di Malaysia.

2) Jika ingin lebih jimat, anda boleh pilih pakej untuk motor dan kereta sekaligus di institut latihan memandu.

3) Sesi ujian pada sebelah petang mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk lulus bsgi Ujian Praktikal JPJ. Hal ini kerana pada ketika itu anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mula keletihan.

Ujian Memandu 2021

CARA DAFTAR LESEN MEMANDU UNTUK KALI PERTAMA

Berikut adalah cara daftar lesen memandu bagi kali pertama:

Pendaftaran Lesen Memandu

Pendaftaran – hendaklah membuat pendaftaran di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu yang berhampiran dengan anda.Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP)

Kursus KPP – Kursus KPP di akademi memandu akan diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan untuk berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

UJIAN KOMPUTER

Ujian Komputer – Setelah selesai menghadiri kursus KPP calon dikehendaki menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali pada hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.

LESEN L

  • Lesen L – Calon akan memperolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.
  • KPP 02 – Calon diwajibkan untuk membuat bayaran kedua agar dapat menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang akan diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.
  • KPP 03 – Setelah selesai membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan untuk membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02.

UJIAN QTI

Ujian QTI – Calon hendaklah menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini akan dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.

Baca Juga: Daftar Sukarelawan MyVac, Terima Elaun RM50 Sehari

UJIAN PRAKTIKAL JPJ

Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ.Bagi calon yang telah lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu, calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi calon yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.

Lesen Kenderaan

Soalan Lazim

Umur berapa boleh mengambil lesen motor?

Jika anda berumur 16 tahun dan ke atas, anda layak untuk mengambil kategori motor samada B full ataupun untuk lesen B2.

Umur berapa boleh mengambil lesen kereta?

Apabila anda melepasi umur 17 tahun pula ketika anda habis SPM, anda layak untuk daftar lesen kereta pula.

Bolehkah membuat bayaran secara ansuran bagi lesen memandu?

Bergantung kepada institut memandu yang anda telah pilih.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Anda boleh rujuk senarai institusi memandu di malaysia mengikut negeri:

Leave a Comment