Permohonan Bantuan Projek Pertanian 2023

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Projek Pertanian 2023. Kepada pengusaha pertanian Negeri Pahang yang mempunyai tanah dan ingin mengusahakan tanah tersebut bagi tujuan pertanian, kini mereka boleh mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang iaitu dengan menerusi Bantuan Projek Pertanian 2023.

Bantuan Projek Pertanian 2023 telah ditawarkan kepada pengusaha pertanian yang berminat untuk menceburi serta membangunkan industri pertanian di Negeri Pahang.



Sehubungan itu, pengusaha pertanian yang berminat telah dialu-alukan untuk membuat permohonan kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang dengan segera sebelum 15 September 2022.

Bantuan Projek Pertanian

Isi Kandungan

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PROJEK PERTANIAN 2023




Buat makluman anda berikut merupakan syarat permohonan yang telah ditetapkan bagi permohonan projek pertanian ini:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai tanah geran/ syarat hak pemilik/ surat kebenaran mengusaha yang dibenarkan dan mempunyai tanah sekurang-kurangnya 0.40 HA (1 ekar).
  • Memberikan komitmen dengan sepenuhnya terhadap projek serta boleh berdikari sendiri dan menunjukkan daya usaha terhadap projek.
  • Sekiranya pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.

CARA MEMOHON BANTUAN PROJEK PERTANIAN 2023



Anda boleh membuat permohonan projek pertanian ini menerusi langkah-langkah berikut:

  • Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cdn.me-qr.com/pdf/8621812.pdf.
  • Anda perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar semua dokumen ke Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

DOKUMEN DIPERLUKAN




Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Geran/ Surat Kuasa/ Resit Bayaran Cukai/ Surat Perjanjian
  • Salinan permit pekerja asing (jika berkenaan).

MAKLUMAT LANJUT



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Projek Pertanian 2023, sila hubungi:

  • Pejabat Pertanian Daerah Kuantan: 09-5366566
  • Pejabat Pertanian Daerah Pekan: 09-4221394
  • Pejabat Pertanian Daerah Rompin: 09-4140151
  • Pejabat Pertanian Daerah Maran: 09-4771528
  • Pejabat Pertanian Daerah Temerloh: 09-2901200
  • Pejabat Pertanian Daerah Bera: 09-2557353
  • Pejabat Pertanian Daerah Jerantut: 09-2662300
  • Pejabat Pertanian Daerah Bentong: 09-2236040
  • Pejabat Pertanian Daerah Raub: 09-3551267
  • Pejabat Pertanian Daerah Lipis: 09-3121231
  • Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands: 05-4901661

PENGENALAN PROJEK PERTANIAN

Pembangunan Pertanian Komuniti atau juga dikenali program pertanian bandar merupakan program yang membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk, sekolah, institusi dan usahawan pertanian bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Program Pembangunan Pertanian Komuniti berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.

Leave a Comment