Bantuan Khas Merdeka RM700 Diumumkan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-65, kerajaan mengumumkan bantuan khas merdeka berjumlah RM700 tunai kepada Rakyat Malaysia.

Kerajaan hari ini mengumumkan akan meneruskan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi rakyat Malaysia membabitkan 1.3 juta kakitangan dan RM350 bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen.


Isi Kandungan

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Merdeka

    • RM700
    • RM350




Bila Bantuan Khas Merdeka Ini Dikreditkan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran BKK akan dibuat bermula Januari depan.

Semakan Kelayakan



“Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Baca Juga

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan,” katanya berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.




bantuan khas merdeka

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat serta Menteri Kabinet.


Terdahulu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah melaksanakan beberapa inisiatif baharu yang turut dinikmati oleh penjawat awam pada awal tahun ini termasuk Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dibayar kepada 1.3 juta penjawat awam, dalam kumpulan Gred 56 dan ke bawah, di samping sejuta pesara kerajaan menikmati bantuan sebanyak RM350 yang semuanya membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan berjumlah RM1.3 bilion.

Leave a Comment