Filem Mat Kilau Kini Boleh Ditonton Di Netflix Mulai 16 September

Kongsi Artikel Ini

Netflix telah mengumumkan akan menayangkan filem Mat Kilau di platform penstriman mereka bermula pada 16 September 2022 yang juga merupakan Hari Malaysia.

Sebelum ini Mat Kilau telah menjadi fenomena yang luar biasa dalam industri perfileman tanah air apabila telah mencatat kutipan yang mencecah RM90 juta dalam masa 33 hari, sejak ditayangkan pada 23 Jun yang lalu serta menjadikan filem pecah panggung tertinggi untuk kategori tempatan dan juga antarabangsa selepas Filem Munafik 2 dan Avengers: End Game.



Jika anda datang ke pawagam, sudah pasti penuh dan padat dengan penonton untuk menyaksikan filem tersebut. Pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara berpusu-pusu datang bagi menyaksikan filem biografik epik yang mengisahkan kebangkitan pahlawan Melayu menentang penjajah British.


Selepas berminggu ditayangkan, orang ramai mula tertanya-tanya adakah filem Mat Kilau juga akan ditayangkan di platform penstriman terkenal di Malaysia terutamanya Netflix seperti filem-filem tempatan yang sebelumnya.




Filem Mat Kilau

 

Filem Mat Kilau Kini Boleh Ditonton Di Netflix Mulai 16 September




Menerusi klip video terbaru Netflix yang berkongsi kandungan terbaru yang akan disiarkan sepanjang September terdapat klip video Mat Kilau yang mengumumkan tayangannya akan dibuat pada 16 September 2022 ini. Lebih menarik lagi, ianya adalah bersamaan dengan Hari Malaysia.

Sudah tentu hal ini dapat menaikkan lagi semangat patriotik rakyat Malaysia ketika menonton Mat Kilau ketika sambutan Hari Malaysia.

Baca Juga

Netflix juga telah mengumumkan pelbagai filem dan siri yang akan mula bersiaran pada September ini seperti filem Blonde, Love In The Villa, Do Revenge, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan banyak lagi.



Untuk siri pula seperti Fate: The Winx Saga musim kedua, Thai Cave Rescue, Cobra Kai musim kelima, Cyberpunk: Edgerunners dan banyak lagi.

Jangan lupa saksikan filem mat kilau bersama keluarga pada 16 September ini!

Leave a Comment