Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 Untuk Penjawat Awam

Kongsi Artikel Ini

telegram%2Bimage

PUTRAJAYA : Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan akan meneruskan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah membabitkan 1.3 juta kakitangan dan RM350 bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen.

Berita gembira ini diumumkan oleh Perdana Menteri ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa, 30 Ogos 2022.



Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan




Isi Kandungan

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam & Pesara 2023

“Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan,” jelasnya.

Sebelum ini, menerusi Bajet 2022, seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah telah diberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh pandemik, di mana satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.


Bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

Bantuan Khas Kewangan

Jumlah Bantuan Khas Kewangan (BKK)



Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2022 ada sebanyak:

  • RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah
  • RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen


Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan

  • Kerajaan mengumumkan bantuan khas ini akan mula dibayar pada bulan Januari Tahun 2023

6 Inisiatif Penjawat Awam Yang Diumumkan Oleh Perdana Menteri




  1. Menaikkan kadar mamsimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (CGR) daripada 160 hari ke 180 hari.
  2. Tamabahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas sebanyak 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.
  3. Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.
  4. Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan lepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.
  5. Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanayak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023
  6. Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK) Tahun 2023

Bantuan Khas Kewangan



Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh memuat turun teks ucapan Perdana Menteri pada pautan www.pmo.gov.my

Dapatkan juga maklumat lebih berkenaan Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya sepanjang tahun 2022 di laman rasmi kami www.triviamy.com

Leave a Comment