Permohonan Bantuan I-Belia One-Off Untuk Golongan Muda & Mahasiswa Tahun 2022

Permohonan Bantuan I-Belia. Mulai 18 September 2022, semua belia di negeri Terengganu yang berkelayakan boleh memohon Bantuan i-Belia yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada semua belia serta mahasiswa yang berkelayakan untuk meringankan beban. Permohonan bagi belia yang berkelayakan boleh dibuat secara atas talian melalui i-Bantuan.

Sistem i-bantuan telah digunakan untuk permohonan bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan iFitri 2022 di bawah kerajaan Terengganu. Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem PRT20 untuk kegunaan semakan maklumat pemohon. Pemohon wajib untuk mendaftar sebagai pengguna sebelum mereka membuat permohonan.


Sila ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan i-Belia yang ditawarkan dan panduan buat permohonan di halaman TriviaMy.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN I-BELIA



Buat makluman, Permohonan i-Belia Terengganu telah dibuka dari 18 September sehingga 6 Oktober 2022.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN I-BELIA

Tawaran terbuka kepada belia yang berkelayakan mengikut kategori berikut:

Kategori Belia Bujang

    • Berumur di antara 18 tahun sehingga 39 tahun.
    • Statsus pemohon masih bujang pada tarikh permohonan.
    • Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melbihi MR1,500 sebulan.
    • Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (Jumlah pendapatan ibu Bapa/ Penjaga).
    • Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.
    • Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang.




Kategori Mahasiswa

  • Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
  • Pemohon adalah seorang MAHASISWA yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di dalam Malaysia.

Antara syarat utama memohon i-Bantuan adalah:

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat Pemohon mestilah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  3. Pemohon adalah pengundi yang berdaftar di Negeri Terengganu.
  4. Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

CARA PERMOHONAN BANTUAN I-BELIA




Jika anda merupakan ibu tunggal yang berpendapatan rendah dan juga berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui sistem i-Bantuan sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Permohonan boleh dibuat di pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Pemohon wajib untuk mendaftar sebagai pengguna sebelum mereka ingin membuat permohonan. Pendaftaran wajib menggunakan No Kad Pengenalan KIR. Rujuk panduan lengkap permohonan bantuan melalui i-Bantuan di bawah:

Permohonan Bantuan I-Belia

Leave a Comment