Bajet 2023 : Ringkasan Belanjawan Tahun 2023

Kongsi Artikel Ini

Polis Bantuan

Bajet 2023 bakal dibentangkan buat julung kalinya oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul mewakili Perikatan Nasional setelah jatuhnya Pakatan Harapan. Budget 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 7 Oktober 2022 kebiasaannya pada pukul 4.00 petang hari jumaat yang akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta radio saluran awam dan juga berbayar di Malaysia.

Negara kini terbeban dengan jumlah hutang yang agak besar dan ini menunjukkan satu cabaran yang hebat buat tadbir urus negara dalam menyelesaikan isu kewangan di samping menjaga kebajikan rakyat. Seperti sebelum ini, pelbagai usaha telah dijalankan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi negara termasuklah penubuhan Tabung Harapan Malaysia pada tahun 2018.



Antara komponen penting dan yang paling ditunggu oleh rakyat adalah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang merupakan suatu jenis bantuan secara tunai dihulurkan pada rakyat yang memerlukan khususnya golongan B40. Penyediaan bajet tahunan merupakan satu tugas yang agak sukar kerana perlu menyeimbangkan keadaan kewangan fiskal negara dengan perberlanjaan serta pada masa sama perlu juga meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pihak kerajaan perlulah lebih bijak dalam mengurus hal kewangan negara bagi mengelakkan masalah atau perkara yang tidak diingini timbul seperti pertambahan hutang yang tidak sepatutnya berlaku. Disiplin kewangan kerajaan haruslah berada dalam keadaan baik serta tadbir urus yang cekap diharapkan bagi membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan yang diimpikan bersama.


Isi Kandungan

Ringkasan Intipati Kandungan Bajet 2023 Belanjawan Malaysia (Budget 2023)

Maklumat bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut TriviaMY kongsikan ringkasan intipati kandungan Bajet 2021 belanjawan Malaysia yang akan dikemaskini sebaik sahaja pembentangan dijalankan secara langsung:

(Sedang dikemaskini)




Ringkasan Tema Dan Peruntukan Bajet 2023

Tema Bajet 2023

  • Keluarga Malaysia Makmur Bersama

Peruntukan Bajet 2023

  • RM 372.3 Bilion

Matlamat Induk Belanjawan Bajet 2023



3R (Responsive, Responsible, Reformist)

  1. Responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia
  2. Bertanggunjawab membina daya tahan negara bagi menangani krisis yang mendatang
  3. Reformis yang mengambil peluang merubah lanskap pembangunan negara agar inklusif dan mampan

Perincian Peruntukan Bajet 2023

  • Belanja Mengurus Operasi : 272.3 Bilion
  • Belanja Pembangunan : 95 Bilion
  • Dana Covid : 5 Bilion
  • Simpanan Luar Jangka : 2 Bilion

Fokus Kandungan Intipati Bajet 2023




Subsidi Elektrik

  • Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluaskan mengikut kepada isi rumah miskin tegar, e-Kasih berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat sebelum ini hanya kepada isi rumah berpendapatan RM980 ke bawah

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ditambah Baik

  • Kategori baru diperkenalkan bagi isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah layak untuk mendapat BKM sebanyak: Menanggung 5 orang anak atau lebih: RM2,500 Menanggung 1-4 orang anak: RM1,000 – 2,000
  • Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,500-5,000 pula layak untuk mendapat BKM sebanyak RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan tanggunan anak
  • Tambahan bantuan RM500 kepada ibu bapa tunggal pada tahun 2023 e-Pemula M40 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100

e-Pemula M40



  • 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100

Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

  • Ibu bapa penerima BKM akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 bagi kelahiran tahun 2023

e-Pemula Belia

  • Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.

Bantuan Awal Persekolahan




  • Setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan yang ditambah berbanding tahun sebelum sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

Bantuan Musim Tengkujuh

  • Pekebun kecil getah akan menerima kenaikan BMT sebanyak RM200 menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima pada tahun 2023 kepada RM800

Pas My50

  • Bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, pas My50 akan diteruskan bagi tahun 2023

(Sedang dikemaskini)

Maklumat Lanjut


Layari www.triviamy.com untuk megetahui info lanjut dari semasa ke semasa.

Sumber Asal : Mysumber

Leave a Comment