3 Kali Jawab Ujian, Tetap Gagal. Ketahui Faktor Gagal Ujian Psikometrik SPA Disini – Exclusive !

Kongsi Artikel Ini

Peringatan : Artikel ini hanya berkongsi mengenai Ujian Psikometrik SPA dan tidak mengumpulkan sebarang data maklumat. 

Jawatan Kosong SPA9

Isi Kandungan

Pengenalan mengenai Sistem SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pengambilan pekerja awam di Malaysia. SPA memastikan proses perekrutan dilaksanakan secara telus dan berkeadilan, serta menepati standard yang ditetapkan untuk memastikan pemilihan calon yang terbaik bagi perkhidmatan awam.



Pengenalan Ujian-Ujian dalam SPA

SPA mengadakan pelbagai ujian bagi menilai calon secara menyeluruh sebelum dilantik ke perkhidmatan awam. Salah satu ujian yang penting ialah Ujian Psikometrik SPA. Ujian ini berfungsi sebagai alat penilaian diri dan menganalisis calon berdasarkan penilaian kendiri. Dalam ujian ini, calon dievaluasi dari segi keperibadian, minat, dan kebolehan kognitif mereka.




Baca Juga :

Faktor Kegagalan Dalam Ujian Psikometrik SPA

Walaupun calon mungkin jujur dan lulus ujian psikometrik SPA, terdapat faktor-faktor yang mungkin menyebabkan kegagalan dalam meraih peluang pekerjaan awam. Perkara ini dikongsikan melalui kandungan di Tiktok SPA. Jom sama-sama teruskan membaca.

ujian psikometrik SPA


a. Minimum Tahap Temuduga

Beberapa calon mungkin hanya melepasi tahap minimum untuk temuduga. Ini bermakna mereka memenuhi syarat asas tetapi belum tentu menjadi pilihan utama.

b. Tapisan Kedua: Kuota dan Kekosongan

Setelah lulus tahap minimum, calon akan dinilai semula untuk menentukan siapa yang layak melalui tapisan kedua. Contohnya, jika terdapat 20,000 pemohon dan hanya 20 kekosongan, dengan menggunakan nisbah 10, hanya 200 calon terbaik sahaja yang akan dipanggil.

c. Pengisian Kekosongan berdasarkan Merit

Dalam konteks ujian psikometrik, daripada 8,000 calon yang menjawab ujian tersebut, hanya yang memiliki merit tertinggi yang akan terpilih. Mereka akan disusun berdasarkan skor tertinggi, dan jumlah yang diperlukan akan dipilih mengikut kekosongan.

d. Kegagalan disebabkan oleh Kekosongan Kuota

Gagal melangkah ke peringkat temuduga boleh disebabkan oleh jumlah pemohon yang melebihi kekosongan. Walaupun calon mempunyai merit, tetapi kekurangan kekosongan mungkin menyebabkan kegagalan.




Dengan itu, sekiranya anda mempunyai merit yang tinggi dalam Ujian Psikometrik SPA namun masih tidak layak ke peringkat seterusnya, jangan bersedih, anda telah melakukan yang terbaik, cuma terdapat faktor lain yang menghalang daripada anda ke peringkat yang seterusnya. Teruskan mencuba. Jom lihat video penuh disini.

@spamalaysiaofficial Hi geng #SPAOhsem. Video kali ini masih berkisar tentang ujian psikometrik. Ok, anda dah jawab dengan jujur dalam ujian psikometrik, tetapi masih juga gagal? Kenapa ya? Haa.. kalau anda nak tahu jawapannya, jom kita tengok video ni. #suruhanjayaperkhidmatanawammalaysia #malaysiamadani #psee #jawabdenganjujur #spa9 #carikerja #fyp ♬ original sound – SPAMalaysiaOfficial

Sumber : Tiktok SPA

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

 

Leave a Comment