Tesla Malaysia Adakan Temu Duga Secara ‘Walk-In’ Di Cyberjaya 17 Jun Ini

Kongsi Artikel Ini

Temuduga terbuka Tesla Malaysia – Pada bulan April lalu, laman carian kerja Tesla itu dikemas kini dengan menawarkan beberapa jawatan kosong di Kuala Lumpur selepas beberapa minggu Tengku Zafrul mengesahkan jenama kereta elektrik itu bakal beroperasi di Malaysia kelak.



Baca Juga :

Tesla Malaysia Bakal Mengadakan ‘Hari Pengrekrutan Secara Walk-In

Menurut Paul Tan, temu duga terbuka (walk-in) untuk beberapa jawatan akan diadakan di Cyberview, Cyberjaya.




  • 12PM – 4PM
  • 17 Jun 2023
  • Tingkat 4, Blok 3750, Cyberview Sdn Bhd, Cyber 8, Persiaran Apec, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Temu duga secara walk-in pada 17 Jun ini ialah untuk sales advisor, enterprise sales advisor, delivery advisor, customer support specialist, service advisor, Paul Tan.

Tesla Malaysia

Bagi yang berminat untuk mengembangkan kerjaya dengan syarikat dari US itu, bolehlah hadir pada 17 Jun (Sabtu), 12 tengah hari hingga 4 petang, bertempat di Cyberview Sdn Bhd office Level 4, Block 3750 Cyber 8, Persiaran Apec, Cyberjaya.



“Apa yang anda perlu lakukan ialah membawa bersama resume bercetak dan pergi ke tempat dinyatakan pada hari tersebut. Temuduga bakal diadakan di situ. Pra-pendaftaran tidak diperlukan,” petik ciapan Paul Tan.

Tesla Malaysia




Sementara itu, laman carian kerja Tesla Malaysia telah menambah menambah beberapa jawatan baharu berbanding bulan April lalu. Antara jawatan kosong itu adalah Senior HR Partner, Parts Advisor, Vehicle Technician, Service Manager dan pelbagai lagi.

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan melalui laman web tersebut, pemohon perlulah memohon di laman web itu dengan memuat naik resume secara online.

Sumber : thevocket.comwiser.my

Leave a Comment