Permohonan Bantuan Anak Pelihara (BAP) RM500 Tahun 2023

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.




Bantuan Anak Pelihara juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Bantuan Anak Pelihara RM500

Kadar Bayaran Bantuan Anak Pelihara

Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak :

  • RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak,
  • RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih



Baca juga : Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Akan Dikreditkan Lebih Awal

Kriteria Kelayakan Khusus BAP

1. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

2. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:

  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Cara Permohonan BAP

Pengendalian permohonan Bantuan Anak Pelihara dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. (DI SINI)




Bantuan Anak Pelihara RM500

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.



Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Permohonan




Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh layari laman web khas Belanjawan Kementerian Kewangan di sini https://budget.mof.gov.my/ms/

Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan : http://t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment