Penetapan Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 Tahun 2022

Skim Bantuan Jaya Usahawan Belia Sabah

Pilihan Raya Umum Ke-15 Akan Diadakan Tahun 2022 Ini – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

Penetapan Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15

KUALA LUMPUR : Mesyurakat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO yang tamat pada 30 September 2022 membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.



“Keputusan mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik COVID-19, selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketaan dalaman politik sesama mereka.

“Justeru, semua jentera parti pada setiap peringkat diarah memuktamadkan segala persiapan dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran hinggalah tarikh PRU-15,” katanya ketika membacakan kenyataan media sejurus selesai mesyuarat itu, di sini, hari ini.

Pilihan Raya Umum Ke-15




Pilihan Raya Umum Ke-15 Kembalikan Hak Rakyat

UMNO percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperoleh, sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk dalam memulihkan negara khususnya aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka, di samping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus lebih baik buat negara,” katanya.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga lagi pemimpin ‘Top 5’ yang juga Naib Presiden Umno iaitu Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, mesyuarat MKT turut bersetuju memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin sebagai ahli Umno berkuat kuasa serta-merta dan menerima peletakan jawatan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno.

Susulan itu, katanya, mesyuarat bersetuju untuk melantik Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno yang baharu.


Selain itu, beliau berkata, mesyuarat juga menyambut baik keputusan Kabinet yang mengarahkan siasatan lanjut dan tindakan perundangan segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa bagi menyiasat salah laku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

“Mesyuarat juga menggesa agar Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice In the Wilderness” untuk segera didedahkan kepada umum.

“Ini penting bagi memulihkan imej dan integriti institusi kehakiman serta kedaulatan undang-undang negara, seperti contoh yang terdapat di dalam muka surat 342 buku itu yang berkemungkinan melanggar Seksyen 32 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009,” katanya.

Katanya, Umno juga menjunjung titah Sultan Johor yang mahukan laporan siasatan pasukan petugas khas dalam isu kedaulatan Batu Putih untuk segera dibentangkan dan didedahkan kepada umum kerana ia membabitkan soal maruah serta kedaulatan negara.



Pendaftaran & Semakan Pemilih (SPR) Pilihan Raya Umum Ke-15

Bagi anda yang masih belum mendaftar dan membuat semakan pemilih, SPR, anda boleh berbuat demikian secara online atau manual.

Pilihan Raya Umum Ke-15

Maklumat Lanjut


Untuk sebarang info lanjut kami dari team Triviamy akan kemaskini dari semasa ke semasa. Layari www.triviamy.com untuk dapatkan pelbagai Info Bantuan Kerajaan, Isu Semasa & Kerjaya sepanjang tahun 2022.

Leave a Comment