Tabung Usahawan Belia FELDA 2022: Permohonan Bantuan Perniagaan Sehingga RM20,000

Kongsi Artikel Ini

Tabung Usahawan Belia FELDA. Untuk maklumkan anda FELDA kini telah menawarkan Tabung Usahawan Belia FELDA untuk generasi muda FELDA yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Inisiatif ini telah diwujudkan selaras dengan matlamat FELDA yang kini mengorak langkah ke arah melahirkan usahawan digital yang berdaya saing sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negara.

Tabung Usahawan Belia FELDA dengan dana pusingan yang berjumlah RM10 juta ini merupakan peluang yang cukup baik bagi usahawan muda yang ingin mengembangkan perniagaan masing-masing.

Berikut merupakan perkongsian maklumat lanjut serta cara memohon bantuan ini.



Tabung Usahawan Belia Felda

Isi Kandungan

PENGENALAN TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA




Untuk pengetahuan anda, Pinjaman mudah yang ditawarkan kepada usahawan golongan belia (anak, cucu dan cicit peneroka/ pentadbir lingkungan umur 18 tahun hingga 40 tahun.

Keutamaan akan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA. Pembiayaan adalah secara sistem dana pusingan dengan kerjasama pihak perbankan. Pinjaman tanpa faedah selama 3 tahun tempoh bayaran.

Usahawan belia FELDA hendaklah berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Manfaat Peminjam Tabung Usahawan Belia FELDA



Antara manfaat yang akan ditawarkan kepada peminjam Tabung Usahawan Belia FELDA adalah:

  • Peluang untuk mengikuti kursus induksi secara percuma.
  • Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan.

Kadar Pinjaman

  • Usahawan sedia ada: RM10,000 sehingga RM 20,000
  • Usahawan baharu: RM5,000 sehingga RM 15,000.

Antara pakej perniagaan yang telah ditawarkan kepada peminjam yang layak adalah:

  • Usahawan yang sedia ada: 4 pakej perniagaan (perkhidmatan, kraf, perniagaan, perusahaan)
  • Usahawan yang baharu: 6 pakej perniagaan (kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, IT, car wash).

TEMPOH PERNIAGAAN




Kepada usahawan yang berminat hendaklah menepati tempoh urusniaga seperti yang berikut:

  • Usahawan yang sedia ada: Urusniaga sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Usahawan yang baharu: Urusniaga sekurang-kurangnya 6 bulan.

Tempoh Permohonan

Kepada calon yang berminat boleh lakukan permohonan pada:

  • Usahawan yang sedia ada: Mulai Ogos 2022
  • Usahawan yang baharu: Mulai Januari 2023

Maklumat mengenai cara memohon akan dimaklum oleh pihak FELDA dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin medapatkan keterangan lanjut mengenai Tabung Usahawan Belia FELDA, sila hubungi Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA di talian 03-2191 2152/ 2029/ 2052/ 2012/ 2051/ 2180 atau anda boleh layari laman web https://felda.gov.my/

Leave a Comment