Skim Internet Selangor: Mohon SISM40 (Pakej Keluarga, Bujang & Asas)

Kongsi Artikel Ini

SISM40: Pakej Keluarga, Bujang & Asas – Skim Internet Selangor M40. Kepada golongan M40 yang berada di negeri Selangor boleh memohon Skim Internet Selangor (SISM40) yang telah ditawarkan oleh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) mulai 1 Julai 2021.

Inisiatif ini telah dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan perkhidmatan unifi yang mana kerajaan negeri memperuntukkan subsidi Internet khusus kepada golongan M40.

Baca Juga: Tarikh Agihan Bantuan 10,000 Komputer Riba

Menteri Besar iaitu Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim berkenaan dapat melengkapi inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan sebelum ini.

Berikut akan dikongsikan info lanjut mengenai pakej internet yang telah ditawarkan melalui program ini.

Isi Kandungan

PENGENALAN SKIM INTERNET SELANGOR M40?

SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 adalah merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) Pakej ini telah menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.

Baca Juga: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 i-Citra KWSP

Pakej ini telah terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.

SYARAT MOHON SKIM INTERNET SELANGOR M40

Permohonan bagi Skim Internet Selangor M40 adalah terbuka bagi:

  • Kesemua warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan ke atas
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tidak ada disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi
  • Pakej ini untuk langganan baharu sahaja dan TIDAK SAH untuk pelanggan jalur lebar unifi Home sedia ada (dalam kontrak)
  • Satu (1) isi rumah hanya layak memohon satu (1) pakej sahaja
  • Walau bagaimanapun, pelanggan unifi Lite (streamyx) sedia ada boleh memohon pakej ini
  • Khusus bagi kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 – RM10,970)

PAKEJ DITAWARKAN

Terdapat lapan (8) pakej yang telah ditawaran oleh SISM40 melalui Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.

Rujuk perincian setiap pakej seperti berikut:

1. PAKEJ KELUARGA

Pakej Keluarga Skim Internet Selangor

2. PAKEJ BUJANG

Pakej Bujang Skim Internet Selangor

3. PAKEJ ASAS

Pakej Asas Skim Internet Selangor

CARA MEMOHON/PENDAFTARAN SISM40

  • Melalui Laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my/
  • Di semua 56 buah Pejabat DUN Selangor
  • Melalui Talian bantuan di 03-5030 4595/4596
    (9.00pg – 5.00ptg : Isnin – Jumaat) kecuali pada cuti umum.

TEMPOH/TARIKH MEMOHON

  • SISM40 ini telah terbuka untuk permohonan selama (1) tahun bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022.
  • Bagi peringkat permulaan tempoh permohonan bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021.

BAYARAN PENDAHULUAN

  • Terdapat caj bayaran pendahulan bagi perkhidmatan jalur lebar unifi Home iaitu sebanyak RM100.
  • Bagi bayaran pendahuluan perlu dibuat dalam tempoh masa 10 hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan. Pelanggan akan dimaklumkan kelak mengenai pembayaran yang telah dibuat melalui SMS dan akan dipaparkan dalam bil mereka yang berikutnya.
  • Sementara itu, bayaran pendahuluan bagi pelan mudah alih perlu dibuat semasa pendaftaran (untuk nombor baharu) tiada caj bagi pengekalan nombor sedia ada (Mobile Number Portalibity – MNP).

SISM40 Kategori Pakej 1

SEMAK KELULUSAN SKIM INTERNET SELANGOR M40

  • Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan diberitahu melalui e-mel dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Pelanggan akan dimaklumkan kelak melalui alamat emel yang diberikan semasa pendaftaran.
  • Semakan juga boleh dibuat di laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my

KONTRAK

  • Dengan memilih salah satu daripada tawaran ini, anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan.
  • Sekiranya anda memilih bagi menamatkan langganan pelan jalur lebar sebelum tempoh kontrak selama 24 bulan berakhir, bayaran penalti akan dikenakan sebagai tambahan kepada baki bulan akan dikenakan.
  • Namun dengan itu, tiada sebarang kontrak dikenakan bagi pelan mudah alih.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila dapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran melalui laman sesawang https://www.sism40.com.my/ atau di talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin –Jumaat 9.00 pagi – 5.00 petang) kecuali pada cuti umum.

ATAU

  1. Sembang Langsung di https://unifi.com.my/chat/index.html atau melalui aplikasi myunifi
  2. Komuniti di https://community.unifi.com.my/
  3. Facebook di https://www.facebook.com/weareunifi/
  4. Twitter di @helpmeunifi
  5. Cawangan TMpoint yang terdekat dengan anda

Rujuk soalan lazim yang tertera di bawah:

Apakah itu SISM40?

SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan salah satu pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM).
Pakej ini telah menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 sehingga RM360 setahun.
Pakej ini telah terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.

Bolehkah saya daftar lebih daripada satu akaun?

Ya Boleh. Kepada pelanggan boleh memohon lebih dari satu (1) akaun bagi pemasangan di alamat kediaman yang berbeza.

Bolehkah saya melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS)?

Anda boleh melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS) untuk pelan yang sedia ada.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui unifi.com.my atau aplikasi myunifi. Anda juga boleh membuat permohonan di TMpoint berdekatan dengan anda.
Perkhidmatan VAS seperti penggalak Wi-Fi (Mesh Wifi) atau unifi Plus Box tidak termasuk di dalam tawaran promosi satu (1) bulan langganan percuma ini.

Bolehkah memindahkan pelan unifi saya kepada orang lain?

Tidak. Sebarang pertukaran atau pemindahan hak milik tidak sama sekali dibenarkan sepanjang tempoh kontrak di bawah SISM40.

Sekiranya anda ingin meneruskan pindah milik, harga bagi talian mudah alih akan bertukar kepada harga komersial sekiranya anda tidak mempunyai akaun jalur lebar unifi Home yang aktif.

Bagaimanakah jika saya berpindah ke negeri lain setelah melanggan SISM40?

Pelanggan yang telah berpindah keluar dari negeri Selangor tidak akan layak untuk terus menikmati pakej tawaran dibawah SISM40.
Bagi permohonan pindahan boleh dilakukan dimana-mana cawangan TMpoint berhampiran dengan anda.
Anda tidak akan dapat menikmati diskaun dibawah SISM40 dan pelan akan dipindahkan kepada pakej unifi semasa yang setara.
Kontrak juga akan diperbaharui kepada 24 bulan dengan pakej komersial semasa.

Bagaimana cara untuk membuat bayaran pakej ini?

Pembayaran boleh di buat melalui saluran digital unifi.com.my atau melalui aplikasi myunifi.
Pelanggan juga boleh membuat pembayaran di kiosk yang terdapat di TMpoint berdekatan dengan anda.

Bagaimana cara jika saya ingin menamatkan langganan saya?
Langkah 1

Anda mestilah memberi notis 30 hari sebelum penamatan dilakukan melalui saluran seperti yang berikut:
Live Chat melalui unifi.com.my atau myunifi app
Email ke [email protected]
TMpoint di seluruh Malaysia

Langkah 2

Pihak TM akan memberikan jumlah kasar baki bil semasa anda. Wakil daripada TM akan berhubung dengan anda dalam tempoh (7) hari bagi pengesahan permohonan penamatan. Setelah bayaran baki bil telah dijelaskan, pihak TM akan meneruskan permohonan penamatan pada hari ke-31 daripada tarikh notis permohonan.

Langkah 3

Anda akan merima maklumat status penamatan melalui SMS. Kemudian, anda mesti memulangkan kembali Broadband Termination Unit (BTU) di TMpoint berdekatan dengan anda dalam tempoh (7) hari bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang caj kelewatan.

Leave a Comment