JTO KWSP: Permohonan Janji Temu Online KWSP Sepanjang PKP

Kongsi Artikel Ini

PERKHIDMATAN JANJI TEMU ONLINE JTO KWSP

KWSP telah membuka semula semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara bagi perkhidmatan yang terpilih bermula 1 Julai 2021, dari 8:30 pagi hingga 2:00 petang pada hari bekerja.

Sudah tentu ramai ahli yang ingin berurusan di KWSP selepas pengumuman i-Citra dalam Pakej PEMULIH pada tempoh hari.

Berikut akan dikongsikan cara untuk membuat janji temu online di pejabat/kaunter KWSP untuk makluman bersama.

Isi Kandungan

MENGENAI JTO KWSP?

Mulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP akan beroperasi sepenuhnya dengan berkonsepkan janji temu menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu Online.

Baca Juga: Cara Mohon Pengeluaran RM5,000 i-Citra KWSP

Janji Temu Online adalah salah satu platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang telah dipilih oleh Ahli.

Hanya ahli yang yang buat temu Janji Temu Online dapat berurusan di kaunter KWSP.

PERKHIDMATAN YANG TELAH DITAWARKAN MELALUI JTO KWSP

  1. Bagi Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) (Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut)
  • Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan).
  • Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri).
  • Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri).
  • Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan).
  • Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50/55/60 & Simpanan Melebihi RM1 JUTA).
  • Perundingan Perancangan Persaraan.
  • Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari dan Simpanan Shariah).

Bagi Perkhidmatan Perundingan KWSP adalah PERCUMA.

2. Kaunter

  • Pengeluaran
  • Pendaftaran
  • Aduan Majikan Gagal Mencarum
  • Lain-lain Perkhidmatan

Selain itu, bagi ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun (Ahli) untuk membuat permohonan pengeluaran.

Masa Kaunter Beroperasi

  • Buka pada 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.

Bagi Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)

  • Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) ditawarkan bermula 29 Julai 2021
  • Buka pada 9.00 pagi sehingga 4.00 petang hari bekerja sahaja.

*Waktu Operasi Bagi Kaunter dan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk cawangan yang
terlibat dengan PKPB adalah 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja.

Masa Janji Temu Online KWSP

CARA MOHON SLOT JANJI TEMU ONLINE KWSP

Cara Membuat Janji Temu Online KWSP, sila ikuti langkah seperti yang berikut:

  1. Layari laman web KWSP di pautan berikut: www.kwsp.gov.my/janjitemu
  2. Anda heruslah memasukkan maklumat diri dan pengesahan.
  3. Pilih cawangan serta waktu yang diingini untuk berurusan di kaunter KWSP.

Baca Juga: Cara Mohon Moratorium Automatik 6 Bulan Tanpa Syarat

Kepada ahli KWSP, anda boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online mestilah seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk pada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang telah dimohon.

Sila klik di sini untuk muat turun Panduan Pengguna Janji Temu Online.

Contoh situasi memilih slot janji temu:

  1. Sekiranya Ahli akan membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Khamis jam 11.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk datang ke cawangan KWSP dan tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
  2. Sekiranya Ahli akan membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Rabu jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk datang ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Khamis tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.

KEHADIRAN LEWAT/TUKAR TARIKH JANJI TEMU ONLINE KWSP

Ahli disarankan untuk datang ke pejabat sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang telah ditetapkan pada tarikh janji temu.

Selain itu, ahli juga dinasihatkan bagi mematuhi semua saranan pihak Kerajaan Malaysia iaitu menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial serta menggunakan hand sanitizer.

Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk premis KWSP menggunakan aplikasi MySejahtera.

Sekiranya Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, janji temu yang telah dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.

Kepada ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

Bagi Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang telah disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum hadir berurusan di kaunter.

Amalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19.

Utamakan keselamatan kerana ianya tanggungjawab kita bersama.

 

Leave a Comment