Rumah Mampu Milik Sarawak: Bantuan Sewa daripada HDC

Untuk pengetahuan anda semua yang khususnya untuk penduduk di negeri Sarawak, Skim rumah mampu milik sarawak serta bantuan sewa rumah di bawah HDC bagi tahun 2021 telah pun dilancarkan oleh kerajaan negeri kepada siapa yang layak untuk mendapatkannya.

Rumah Mampu Milik Sarawak 1

Waktu dahulu ianya dikenali dengan Suruhanjaya Perumahan serta Pembangunan Sarawak SPPS, sebelum ianya dijenamakan semula sebagai Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).

Dengan harapan besar, ianya dapat menyediakan seberapa banyak projek serta skim rumah mampu milik turut besertakan bantuan yang dapat memudahkan anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan di negeri Sarawak.

Terdapat beberapa skim bagi program bantuan rumah mampu milik yang sedang rancak telah ditawarkan oleh kerajaan negeri Sarawak antaranya ialah ppr, Spektra Permata (RSP), PPRP – Program Pinjaman Rumah Panjang, Sri Pertiwi dan juga bantuan sewa.

RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK

Untuk makluman anda, sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai butiran info bagi skim program rumah mampu milik yang telah ditawar oleh kerajaan negeri Sarawak boleh rujuk pada jadual yang ada di bawah ini:

PERKARA LINK PAUTAN
Rumah PPR Sarawak RUJUK SINI
Rumah Spektra Permata (RSP) MOHON SINI
PPRP – Program Pinjaman Rumah Panjang CHECK SINI
Program Sri Pertiwi akan dikemaskinikan

SKIM BANTUAN SEWA RUMAH SARAWAK DI HDC

Untuk pengetahuan anda ianya adalah satu lagi skim bantuan yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri Sarawak agar dapat membantu rakyat Sarawak untuk mengurangkan lagi bayaran sewa rumah di bandar besar negeri Sarawak seperti Bintulu, Miri, Sibu, dan juga Kuching.

1. Antara Kelebihannya

Kepada yang layak sekiranya terpilih untuk skim program ini, jangan risau kerana anda akan dibantu daripada bantuan sewa rumah selama tempoh 36 bulan lamanya (3 tahun) untuk jumlah yang maksimum iaitu RM200 sebulan.

2. Syarat-syarat Kelayakan

  1. Anda mestilah terdiri dari kalangan rakyat Malaysia yang sah.
  2. Anda mestilah sedang bermastautin di Sarawak.
  3. Pada kad pengenalan/IC anda tertera status K.
  4. Nama anda mestilah juga tersenarai dalam senarai sistem portal pembasmian kemiskinan ekasih atau gaji serta pendapatan isi rumah anda pada setiap bulan tidak lebih RM2131 sebulan.

3. Dokumen Sokongan Yang diperlukan

  1. Dokumen sokongan yang telah membuktikan bahawa anda adalah penerima ekasih.
  2. Mestilah ada Salinan sijil kahwin/sijil cerai.
  3. perlulah ada Salinan kad pengenalan (pemohon & pasangan).
  4. Salinan sijil lahir/mykid/mykad anak yang berada di bawah tanggungan dan mestilah tinggal bersama pemohon.
  5. Penyata gaji yang telah menunjukkan bahawa pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/pasangan.
  6. Salinan kad oku bagi pemohon oku.
  7. Perjanjian sewa yang telah ditandatangani dan juga telah dimatikan setem hasil.
  8. Persetujuan kepada tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa rumah Sarawak (SRAS).
  9. Gambar premis yang sedang disewa.

4. Cara Untuk Memohon

Cara Memohon bantuan Sewa Rumah Sarawak 1

Untuk Pengetahuan anda, cara untuk memohon mudah sahaja, anda perlu download borang permohonan bantuan sewa rumah ini, lepas itu isi borang dengan selengkapnya dan hantar semula ke Pejabat HDC Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri sarawak.

PERKARA LINK PAUTAN
Download Borang Permohonan Skim Bantuan Sewa di Sarawak secara online https://hdc.sarawak.gov.my/Borang-HDC.pdf
Nombor telefon bantuan hotline 82-444381

VIDEO

Semoga dengan perkongsian mengenai permohonan skim rumah mampu milik dan juga bantuan sewa di negeri Sarawak ini dapat dipermudahkan untuk anda untuk memohonnya. Anda mestilah mewar-warkan berita baik ini dengan rakan-rakan dan juga ahli keluarga terdekat dengan anda di Facebook & Whatapps Group.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan