Rebat Grab: Mohon Rebat RM20 Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19

Kongsi Artikel Ini

Kerajaan Negeri Selangor telah memperluaskan manfaat rebat pengangkutan e-hailing Grab untuk tujuan pengambilan
vaksin COVID-19 di Selangor yang bernilai RM20 bagi setiap individu.

Rebat RM20 kos tambang pergi dan balik (RM10 sehala) bagi tujuan pengambilan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tersenarai. Individu hanya perlu membuat pesanan pengangkutan melalui aplikasi Grab yang akan ditawarkan mulai 20 Jun 2021 terutamanya kepada warga emas.

kini, keseluruhan warga Selangor dapat menikmati rebat sebanyak RM20 ini per individu.

Berikut informasi lanjut yang perlu diketahui mengenai rebat ini.

 

Isi Kandungan

Inisiatif Rebat Pengangkutan Kepada Pengguna Grab Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19

  • Inisiatif Rebat Pengangkutan Kepada Pengguna Grab Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19 merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor (“KNS”) melalui agensi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan pengangkutan e-hailing (“GRAB”) yang bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasar bagi mendapatkan rebat pengangkutan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah ditentukan.
  • Hal ini sekaligus memberi galakan kepada penerima vaksin agar mereka mematuhi jadual temujanji vaksin yang telah ditetapkan di dalam MySejahtera.
  • Selaras dengan pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 itu,
    seramai 50,000 orang yang bakal menerima vaksin di negeri Selangor bakal menerima langsung manfaat daripada inisiatif ini dengan pemberian subsidi kos
    pengangkutan sebanyak RM20 seorang yang merangkumi kos tambang pergi dan balik iaitu RM10 sehala.

 

KELAYAKAN

  • Bagi kelayakan pula, rebat ini hanya boleh ditebus oleh semua rakyat negeri Selangor khususnya yang mempunyai akaun Grab sahaja.
  • Muat turun aplikasi Grab di App Store ataupun Google Play Store dan segera daftarkan akaun dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit anda.

rebat vaksin grab selangor 1024x1024 1

 

TARIKH PERMOHONAN

  • Tarikh Permohonan akan dibuka pada : 20 Jun 2021
  • Tarik Permohonan akan ditutup pada : 29 September 2021
  • Tempoh sah penggunaan ganjaran akan bermula pada : 1 Julai 2021 sehingga 30        September 2021

 

CARA PERMOHONAN REBAT VAKSIN GRAB 

  • Sekiranya berminat, anda boleh membuat permohonan terus melalui pautan laman web ini –    https://rebatpengangkutangrabvaksin.borangmbiselangor.com/
  • NOTE : Sila isikan borang permohonan yang tertera seperti dalam rajah di bawah.
  • Pastikan anda mengisi maklumat anda dengan lengkap. Seterusnya anda akan menerima “Rewards” dalam akaun Grab anda. Kemudian Pergi ke “My Rewards” dan anda akan melihat ganjaran diskaun anda di bawah “Active Rewards”.

grab vaksin 01

 

CARA-CARA PENEBUSAN

Terdapat 2 cara menebus ganjaran rebat vaksin iaitu :

  1. Buka aplikasi Grab anda.
  2. Kemudian sila Klik pada ikon “Points” anda.
  3. Pergi ke “My Rewards” dan anda akan melihat ganjaran diskaun anda di bawah “Active Rewards”.
  4. Klik “Use Now” dan anda akan berada pada halaman tempahan Car/tempahan grab.
  5. Masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda untuk menikmati potongan harga (RM20) perjalanan anda.

ATAU

  1. Sila muat turun aplikasi Grab di App Store (ios) ataupun Google Play Store (android) dan anda perlu daftarkan akaun menggunakan nombor telefon bimbit anda yang aktif.
  2. Pilih “Car” dan masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda di “Where to?”.
  3. Seterusnya, tekan “Confirm Pick Up”.
  4. Sebelum menempah perjalanan anda, anda perlu terlebih dahulu tekan pada “Offer” untuk ke ganjaran diskaun anda.
  5. Klik “Use Now” untuk menikmati potongan harga (RM20) perjalanan anda.

grab vaksin 02

Setelah permohonan anda telah pun disahkan, anda akan terus mendapat ganjaran diskaun pada masa berikut:

Pastikan anda juga telah mendaftar di https://platselangor.com/ untuk penebusan rebat.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila e-melkan pertanyaan anda ke [email protected] atau sila rujuk Facebook Plat Selangor : https://www.facebook.com/officialplatselangor

 

Leave a Comment