BKSS Sarawak: Semakan Bantuan Sarawakku Sayang 2021

Kongsi Artikel Ini

Cara Mohon dan membuat permohonan BKSS Semakan Bantuan Sarawak Ku Sayang versi 6.0 termasuk kepada golongan bujang serta b40 m40 penjaja & peniaga kecil di Sarawak tahun 2021.

Terbaru dan yang Terkini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah pun mengumumkan bahawa terdapat Skim dan Semakan Pakej Bantuan Khas Sarawak ku Sayang (BKSS 6.0) yang berjumlah RM1.4 bilion juta untuk bujang dan b40 serta M40 di negeri sarawak agar dapat anda survive sepanjang tempoh pkp 3.0, pkpd serta pelaksanaan pkpb.

Dengan bantuan ini agar dapat membantu rakyat negeri Sarawak tidak kira tinggal di Kapit, Miri, Bintulu, Sibu, Limbang, Mukah, Sri Aman, Kuching, Sarikei, Betong, Samarahan, Serian dalam terus berdepan dengan wabak covid 19 dan apa sahaja tindakan kerajaan samada pkp 3.0 dan pkpb serta pkpd di Sarawak.

Kerajaan negeri sedar bahawa ramai rakyat negeri sarawak sedang dalam kesusahan hari ini. Oleh dengan itu, bantuan segera perlu disalurkan kepada mereka yang berkelayakan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk lagi.

Isi Kandungan

SEMAKAN SENARAI BANTUAN SARAWAK BKSS 2021

Berikut di bawah ini adalah ringkasan inisiatif yang dapat disalurkan menerusi Semakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0 untuk sepanjang tahun 2021 ini.

1. SEMAK BANTUAN KEWANGAN KECEMASAN BKSS 6.0

  • Bantuan sarawak BKSS RM250 sebulan akan disalurkan kepada ketua isi rumah b40 selama 6 bulan berturut-turut dari bulan Julai sehingga Disember 2021.
  • Bantuan sarawak BKSS RM500 secara one off akan disalurkan kepada golongan bujang yang terdiri daripada umur 21 tahun dan ke atas.

2. BANTUAN GERAN KHAS KEPADA PENJAJA & PENIAGA KECIL SARAWAK

  • Mana-mana daripada anda merupakan peniaga kecil dan penjaja berdaftar dengan PBT Sarawak akan mendapat bayaran sebanyak RM750 pada bulan Julai dan baki RM750 pada bulan Disember 2021 akan di bayar melalui edompet/e wallet Sarawak Pay.

3. BANTUAN BARISAN HADAPAN SARAWAK

  • Bantuan elaun khas untuk barisan hadapan di Sarawak (selama 6 bulan dari Julai sehingga Disember) seperti doktor, jururawat, staf perubatan, kakitangan bomba, apm, kastam, rela, askar/tentera atm, polis pdrm, imigresen.
  • Jumlah bayaran yang akan diterima adalah antara RM200 hingga RM300.

4. BAYARAN KEPADA WARTAWAN

  • Kepada golongan wartawan serta pengamal media juga akan mendapat bantuan secara one off sebanyak RM1500.

5. BANTUAN DISKAUN CUKAI TANAH DI SARAWAK

semakan bantuan sarawak 1

  • Anda hanya perlu membayar 30 peratus sahaja daripada nilai keseluruhan cukai tanah di sarawak milik anda dengan promosi diskaun yang telah ditawarkan pada ketika ini.

6. PROMOSI DISKAUN BAGI CUKAI PINTU

NILAI BAYARAN CUKAI JUMLAH DISKAUN
Cukai lebih Rm400 25 peratus
Cukai bawah RM400 30 peratus

7. SEMAK BANTUAN DISKAUN BAGI SEWA BKSS 6.0

Kepada penyewa pasar serta peniaga gerai yang menyewa dengan PBT, anda hanya perlu membayar separuh sahaja untuk sepanjang bulan Julai sehingga Disember 2021.

8. BANTUAN DISKAUN BAGI BIL ELEKTRIK SARAWAK

Tawaran bagi promosi diskaun untuk bantuan bil elektrik di Sarawak adalah di antara 5 peratus sehingga 25 peratus.

BANTUAN LAIN UNTUK SARAWAKKU SAYANG

  • Tidak perlu membayar premium tanah Sarawak buat masa ini.
  • Anda tidak perlu membayar permit dan lesen perniagaan di Sarawak kerana telah ditangguhkan pada ketika ini.
  • Cikgu di sekolah memandu/driving school di Sarawak akan mendapat bantuan tunai RM500 secara one off yang mana bayaran akan dilakukan melalui sarawak pay.
  • Bantuan Kewangan Tunai akan diberikan kepada pengusaha teksi van dan juga teksi di Sarawak dengan jumlah sebanyak RM600.
  • Bantuan skim mikro sarawak juga telah disediakan untuk diberikan kepada SME dan PKS di Sarawak.
  • Turut ditawarkan juga kepada PKS Sarawak berbentuk bantuan pinjaman. Rebut sekarang!
  • Kepada penyewa skim perumahan HDC Sarawak, anda akan mendapat diskaun 50 peratus untuk bayaran dari bulan julai sehingga Disember 2021.
PERKARA LINK PAUTAN
Borang Permohonan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang https://community-service.sarawak.gov.my

SEMAKAN BKSS 5.0 2021

Di bawah ini pula antara contoh semakan bantuan Khas Sarawak ku Sayang BKSS 5.0 yang telah ditawarkan sebelum ini pada awal tahun 2021, untuk rujukan anda

  1. Bermula Januari sehingga Jun 2021, anda akan mendapat manfaat diskaun bil air 10 sehingga 25 peratus melibatkan 642,000 isi rumah di Sarawak.
  2. Bermula Januari sehingga Jun 2021, anda akan diberikan manfaat diskaun bil air 10 sehingga 25 peratus yang akan melibatkan 568,000 isi rumah di seluruh Sarawak.
  3. Potongan Diskaun Sewa pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mendapat diskaun 50 peratus untuk yang beroperasi di negeri Sarawak.
  4. Kepada peniaga, peniaga pasar malam, pasar tamu serta penjaja mendapat pengecualian bayaran permit dan lesen perniagaan di Sarawak.
  5. Bayaran sewa dikecualikan kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di syarikat milik kerajaan negeri serta premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun di Sarawak.
  6. Mulai Januari sehingga Jun 2021, diskaun 25 peratus akan diberikan kepada taksiran kadar cukai pintu tahunan yang melebihi kadar RM400 di Sarawak.
  7. Mulai Januari sehingga Jun 2021, diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC). Diskaun 30 peratus akan diberikan untuk pembayaran cukai tanah melibatkan pusat komersial, kediaman, perladangan berskala besar, industri serta kemudahan awam di Sarawak.
  8. Kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021 akan mendapat pengecualian pembayaran lesen hotel di negeri Sarawak.
  9. Pembayaran premium tanah di Sarawak akan ditangguhkan bagi tahun 2021 termasuklah melibatkan kediaman, tanah pertanian, komersial, dan industri serta institusi awam dan swasta di negeri Sarawak.
  10. Berita baik kepada semua, bermula bulan Januari sehingga Jun 2021 ini, ditangguhkan pembayaran pinjaman di bawah Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) di Sarawak.

Semoga dengan pemberikan BKSS 6.0 Bantuan Khas Sarawak ku Sayang dapat membantu anda semua samada pks, sme, b40, m40 dan juga bujang untuk ‘survive’ sepanjang tahun 2021 ini.

Leave a Comment