Permohonan Konstabel Polis Gred YA1 Dibuka Sehingga 31 Oktober 2023

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Permohonan Konstabel Polis Gred YA1

Permohonan Konstabel Polis Gred YA1 telah dibuka. Daftar segera, peluang adalah terhad. Panduan permohonan Konstabel Polis Gred YA1 disertakan dibawah, teruskan membaca.



Maklumat Iklan Jawatan

permohonan konstabel polis

Jawatan Yang Ditawarkan : Konstabel Polis Gred YA1

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023




Keperluan & Kelayakan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1

Syarat-syarat permohonan Konstabel Polis :-
a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;
c) Kelayakan Akademik :
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]
– Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01]
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02]
d) Kelayakan Fizikal (Utama) :
– Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu
– Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg

PROSES PENGAMBILAN JAWATAN DALAM PDRM

permohonan konstabel polis

1. Permohonan melalui sistem e-pengambilan PDRM 
– Permohonan berdasarkan jawatan yang diiklankan mengikut tempoh masa yang ditetapkan

2. Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan
– Bagi calon yang memenuhi syarat dan permohonan lengkap
– Larian 2.4 KM


3. Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) PDRM
– Bagi calon yang lulus Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan

4. Temu Duga
– Bagi calon yang lulus Ujian SPIER PDRM

5. Tapisan Keselamatan & Kesihatan
– Bagi calon yang lulus temu duga
– Pemeriksaan kesihatan di Klinik/Hospital Kerajaan (bergantung kepada arahan semasa)

6. Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK)
– Menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang ditetapkan

Dapatkan Iklan/Borang Permohonan



1. Iklan permohonan boleh dilihat di laman Facebook Unit Pengambilan PDRM

2. Permohonan dan semakan keputusan(setelah pendaftaran) boleh dibuat melalui Portal e-Pengambilan PDRM

3. Untuk membuat permohonan konstabel polis, anda perlu melakukan langkah-langkah berikut :

permohonan konstabel polis

– Taipkan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’ anda;
– Tekan butang ‘Log Masuk’;
– Tekan butang ‘Permohonan Baru’;
– Tekan butang ‘Pengesahan’ untuk mengesahkan maklumat calon; dan
– Tekan butang ‘Serah’.
– Pemohon akan mendapat notifikasi bahawa permohonan telah berjaya dihantar.

4. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah sahih dan benar

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment