Latest : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2024

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Sumbangan Tunai Rakyat (STR) & Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kadar bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan ditingkat kepada RM3,700 untuk isi rumah dan RM500 untuk bujang.

Belanjawan 2024 : Sumbangan Tunai Rahmah



“Saya mendengar keluhan majoriti rakyat yang mendepani cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan. Isu ini sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.”

“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun Hadapan:”




Kadar Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah ( STR)Ditingkatkan

  1. Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
  2. Peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.
  3. Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
  4. Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
  5. Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada 500 ringgit yang insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan.
  6. Tahun ini, kita telah perkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad 200 ribu penerima STR sebanyak 100 ringgit sebulan untuk tempoh enam bulan.
  7. Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad. Mengambil kira maklum balas yang amat baik, Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima 100 ringgit sebulan untuk tempoh 12 bulan.
  8. STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November  2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. Insya-Allah, bayaran pertama sehingga 500 ringgit akan dibuat pada bulan Februari 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah - STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah - STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah - STR 2024

Maklumat Lanjut


Segala maklumat berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baca juga :

Join Telegram Untuk Dapatkan Info Pantas : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment