TERKINI : Bantuan Warga Emas RM500 ~ Semak Kelayakan Anda Disini!

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Warga Emas RM500. Untuk makluman anda, bantuan warga emas ini merupakan program khas yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lalu dan masih lagi dikekalkan sehingga kini. Untuk makluman, program bantuan khas tersebut adalah di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (JKM).

Bantuan Warga Emas RM500


Isi Kandungan

BANTUAN WARGA EMAS RM500 TAHUN 2022



Program ini telah dilaksanakan untuk membantu warga emas yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat disamping dapat meringankan beban yang ditanggung.

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS RM500




Syarat kelayakan bagi permohonan bantuan warga emas yang perlu diketahui seperti yang berikut:

  • Bantuan ini hanya dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemohon merupakan individu yang berumur 60 tahun dan keatas.
  • Tidak menetap di mana-mana Institusi kendalian pihak JKM atau pusat jagaan harian.
  • Pendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

KADAR BANTUAN WARGA EMAS RM500



Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2022, pihak JKM telah menetapkan kadar bantuan khas adalah sebanyak RM 500 sebulan bagi setiap individu yang layak.

CARA PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS RM500




Jika anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang merupakan warga emas yang layak mendapat bantuan ini. Panduan permohonan telah disediakan di bawah.

Untuk memohon bantuan daripada JKM, anda perlu hadir ke pejabat kebajikan masyarakat daerah/ jajahan/ bahagian di negeri anda.

Pemohon mestilah menyediakan dokumen sokongan serta salinan kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS RM500



  • Borang permohonan – JKM 18
  • Borang kaji semula – JKM 20

Sila pastikan borang permohonan anda telah lengkap semasa hadir ke pejabat kebajikan masyarakat untuk memudahkan proses permohonan. Untuk menyemak alamat pejabat JKM mengikut senarai negeri – Semak Disini!

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci lagi berkenaan bantuan warga emas ini, anda boleh hubungi talian khas pihak Jabatan Kebajikan Masyarat di talian 03 8000 8000.

Leave a Comment