Permohonan Baik Pulih Rumah Untuk Warga Majlis Daerah Baling Tahun 2023 ~ Mohon Sekarang!

Kongsi Artikel Ini

Permohonan Baik Pulih Rumah. Untuk makluman bahawa Majlis Daerah Baling, Kedah kini membuka permohonan bagi baik pulih rumah bagi warga Baling yang menetap dalam kawasan operasi PBT.

Inisiatif yang telah dilancarkan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) demi mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar, meningkatkan keupayaan serta kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam kontek kemakmuran bersama.


Sila ikuti perkongsian kami di halaman TriviaMy ini mengenai program ini dengan lebih lanjut lagi.

Isi Kandungan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH



Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Disember 2022.

Baca Juga:

SYARAT PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH




Untuk kriteria kelayakan bagi penerima program ini adalah seperti yang berikut:

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  • KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT sahaja.
  • KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin.
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah.
  • Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut.
  • Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.

CARA PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH



Anda boleh mengambil borang permohonan di kaunter khidmat pelanggan Majlis Daerah Baling atau boleh muat turun imej di bawah:

Permohonan Baik Pulih Rumah

Permohonan Baik Pulih Rumah

Permohonan Baik Pulih Rumah

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN




Kepada pemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Gambar Penuh Rumah (dari luar)
  • Gambar Kerosakan (Sila nyatakan jenis kerosakan)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan lanjut mengenai Permohonan Baik Pulih Rumah bagi warga daerah Baling, anda hubungi Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat di talian 04-4701800 atau layari laman Facebook rasmi Majlis Daerah Baling.

Leave a Comment