e-BMT : Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Sehingga RM600

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (e-BMT)

Buat makluman anda, dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif juga telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Salah satu ialah Bantuan Musim Tengjuh (BMT).

Bantuan ini telah diperkenalkan di bawah Bajet 2022 melalui RISDA. Berikut merupakan penjelasan lanjut mengenai BMT.


Pekebun kecil layak untuk menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dikawal selia oleh RISDA? Peruntukan sebanyak RM190 juta telah diberikan kepada penerima BMT dengan melalui Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022.

Bantuan Musim Tengkujuh (e-BMT)

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh



    • Warganegara Malaysia.
    • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
    • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
    • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
    • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh).
    • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (Bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).




Baca Juga:

Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh

Untuk makluman anda BMT akan dibayar dalam dua fasa iaitu pada November dan Disember 2022. Setiap fasa melibatkan bayaran keseluruhan RM300 dengan jumlah RM600.

Mengenai kaedah pembayaran, ianya akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Walau Bagaimanapun, nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan pembayaran bantuan ini.

Kemaskini & Semakan e-BMT



Semakan permohonan dan kelulusan bantuan ini boleh dibuat di capaian berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Isikan nombor kad pengenalan anda dan klik butang HANTAR.

Status anda akan dipaparkan.

Bantuan Musim Tengkujuh (e-BMT)

Langkah semakan akan dikemas kini dari semasa ke semasa

Peringatan: Bagi nama yang tiada dalam senarai, permohonan baru BMT boleh dibuat secara online mengikut tarikh yang dinyatakan di atas di PORTAL LADANG KECIL RISDA.

Senarai yang layak akan dimasukkan ke dalam sistem.

Maklumat Lanjut Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (e-BMT)




Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, hubungi:

No. Tel : 03-4251 0171 (BMT Hotline)

Semoga bantuan BMT dapat meringankan beban tidak dapat menoreh pada musim hujan yang panjang.

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment