TERKINI : Pengeluaran Khas KWSP Diluluskan Secara Bersasar Selepas PRU15

Kongsi Artikel Ini

Pengeluaran Khas KWSP

Pengeluaran Khas KWSP Secara Bersasar ~ Tan Sri Muhyiddin Yassin

Shah Alam: Perikatan Nasional (PN) akan mempertimbangkan pelaksanaan Pengeluaran Khas KWSP secara bersasar sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November nanti.

Pengerusi Parti Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan membuat pertimbangan perkara itu walaupun ia tiada dalam manifesto yang diumumkan baru-baru ini.



“Sebelum ini, kita sudah membenarkan beberapa kali pengeluaran KWSP termasuk i-Sinar dan i-Lestari.

Artikel Berkaitan :

“Untuk pelaksanaan ini secara bersasar, kita perlu melihat berapa jumlah simpanan kerana jika sudah tiada simpanan (dalam KWSP), nak keluarkan apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall dalam Majlis Pelancaran Tawaran PN BEST sempena PRU-15 di sebuah hotel di sini, malam semalam.

Dalam majlis itu juga, Muhyiddin mengumumkan Tawaran Perikatan Nasional (PN) yang bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil; Malaysia Gemilang’ atau PN Best yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan serta 234 tawaran.


Pengeluaran Khas KWSP

Katanya, tawaran itu digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam semua perkara yang dianggap penting oleh mereka.

Antara yang diumumkan beliau adalah diskaun 25 peratus bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan kelas kedua atas kuota senator untuk golongan belia dan penubuhan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) disegerakan, Skim Perumahan Mikro Belia Mampu Sewa di bandar-bandar utama dan Pusat Sukan Komuniti Perpaduan diwujudkan di setiap daerah.




Turut diumumkan tambahan cuti umum pada 20 atau 21 November sekiranya PN menang dalam PRU-15.

Katanya, jika PN menang dalam pilihan raya pada 19 November nanti, pihaknya akan mengisytiharkan cuti umum pada hari Ahad bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor serta hari Isnin bagi negeri lain.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment