Orang Israel ‘suka’ tengok Mat Kilau, trending top 5 di negara penjajah itu

Kongsi Artikel Ini

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof itu telah mula ditayangkan di penstriman Netflix pada 16 September yang lalu bersempena Hari Malaysia.

Berdasarkan FlixPatrol, selepas 7 hari ditayangkan filem epik itu telah menjadi antara ‘top 5’ filem yang popular di Israel pada 22 September 2022.




Baca Juga: Filem Mat Kilau kini ditayangkan di Netflix

Menurut carta tersebut, Do Revenge mendahului carta, diikuti Venom : Let There Be Carnage, dan I Used to Be Famous di kedudukan ketiga.

Filem Mat Kilau berada di tempat keempat, diikuti No Limit dan Love in the Villa.




Selain itu, filem ini juga tersenarai dalam top 10 paling popular di Netflix di beberapa negara lain seperti Nigeria, Singapura dan Romania.

Filem tempatan yang mengisahkan tentang Kebangkitan Pahlawan itu telah mendapat pelbagai komentar daripada penonton selepas ditayangkan di Netfli. Namun begitu, filem ini terus mendapat perhatian dan dilaporkan berjaya memasuki carta filem paling banyak ditonton di beberapa buah negara.



Sebelum ditayangkan di Netflix, Mat Kilau muncul sebagai filem tempatan paling berjaya dengan meraih kutipan menghampiri angka RM 100 juta. Kutipan luar biasa itu juga mengatasi kutipan filem-filem Hollywood yang ditayangkan di Malaysia, antaranya beberapa siri filem Marvel.

Leave a Comment