Manfaat Subsidi Yuran Pengasuhan Taska 2023

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Apa itu Subsidi Yuran Pengasuhan?

Untuk membantu penjawat awam yang mempunyai anak di Taska, kerajaan telah menetapkan subsidi yuran sebanyak RM180 bagi setiap anak. Yuran subsidi ini akan dibayar secara langsung kepada pengusaha Taska oleh agensi kerajaan yang menggaji penjawat awam tersebut.



Selain itu, kerajaan juga telah meningkatkan had pendapatan bulanan isi rumah penjawat awam yang layak menerima subsidi yuran ini daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan. Hal ini memberikan sedikit kelegaan kepada penjawat awam yang turut terbeban sebelum ini.

Perkeso

Syarat Kelayakan

  • Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
  • Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
  • Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM

Baca juga : e-Tunai RM100 : Tarikh Bayaran Dan Cara Tebus e-Wallet B40 & M40

Jenis-Jenis Taska

subsidi yuran

Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.




Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :

1.      TASKA Institusi
  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2.       TASKA Di Tempat Kerja
  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam  jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja


3.       TASKA Komuniti
  • Menerima  10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4.       TASKA Di Rumah
  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri

Senarai Harga Taska Di Malaysia

Menerusi satu laman web, Melur.Net, berikut merupakan hasil carian mengenai yuran pendaftaran dan yuran bulanan bagi taska-taska yang berada di Malaysia.




Subsidi Yuran Taska 2023
Yuran pendaftaran dan yuran bulanan bagi taska-taska di Malaysia

Kekeliruan Terhadap Subsidi Yuran

1. Bagaimana kelayakan penjawat awam untuk subsidi ini? Mari kita lihat situasi dibawah :

Encik Harith, Seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 lantikan 2023 (TPG pada 1 Januari) dan isterinya Puan Nurul, Pegawai Pertanian Gred G41lantikan 2023 (TPG pada 1 Januari) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah seperti berikut:



Encik Harith : RM3215
Puan Nurul : RM3290

Adakah keluarga ini layak untuk mendapatkan subsidi yang diberikan?Jawapannya, YA, LAYAK. Hal ini kerana, jumlah pendapatan kurang daripada RM7000.

2. Seterusnya, mari kita lihat bagaimana pengiraan bagi subsidi yuran yang diberikan.

Situasi 1 : Yuran Taska, RM100 setiap bulan, layak untuk membuat permohonan kerana dibawah jumlah yang ditetapkan iaitu RM180.
Situasi 2 : Yuran Taska, RM250 setiap bulan, layak untuk membuat permohonan, namun bayaran subsidi yang ditanggung hanyalah RM180 sahaja, berbaki RM70 ditanggung oleh penjawat awam tersebut.


Bagaimana Cara Untuk Memohon

  • Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
  • Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
  • Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
    • Salinan penyata gaji
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
    • Salinan penyata gaji suami/isteri
    • Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
  • Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.



Kepentingan Taska Kepada Penjawat Awam

Taska dapat memberikan banyak manfaat kepada ibu bapa yang bekerja sebagai penjawat awam melalui subsidi yuran yang telah diberikan. Salah satu manfaatnya ialah anak-anak dapat belajar dan bermain dalam suasana yang kondusif dan selamat. Ini merupakan komponen penting, ibubapa menghantar anak mereka ke taska.

Selain itu, manfaat lain ialah taska dapat membantu ibu bapa mengurangkan kos pengasuhan anak-anak. Ibu bapa tidak perlu membayar yuran yang tinggi kepada pengasuh atau pengasuhan alternatif yang kadang-kadang tidak memenuhi keperluan mereka. Manfaat ketiga ialah taska dapat meningkatkan kesejahteraan emosi dan prestasi kerja ibu bapa. Ibu bapa dapat bekerja dengan lebih yakin, tenang dan berdedikasi kerana mereka tahu anak-anak mereka dijaga dengan baik di taska.

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

Leave a Comment