Kewangan : 3 Cara Simpan Dan Labur Duit Raya Anak

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Kewangan : 3 Cara Simpan Dan Labur Duit Raya Anak

image 2024 05 03 143647485

Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Anak?

Ketika bulan Syawal menjelma, telah menjadi tradisi di Malaysia untuk berziarah. Sambil-sambil berziarah tu, kebiasaannya tuan rumah pasti akan memberikan duit raya kepada mereka yang mempunyai anak kecil ataupun anak yang belum lagi bekerja. Kalau dikumpul duit raya tu mesti banyak yang dapat disimpan.

Tapi amatlah sayang sekiranya duit yang disimpan itu dibiarkan begitu sahaja. Jadi apa yang perlu dibuat dengan duit raya anak-anak tu? Jawapan yang paling bijak tentulah dengan ‘dilaburkan’.

Memiliki simpanan untuk anak-anak merupakan langkah penting dalam perancangan kewangan keluarga. Ia bukan hanya tentang mengumpul dana untuk masa depan mereka, tetapi juga tentang mendidik anak-anak mengenai nilai wang dan pengurusan kewangan yang bijak. Dengan memulakan simpanan sejak usia dini, anak-anak dapat belajar tentang pentingnya menabung dan membuat keputusan kewangan serta lebih bertanggungjawab terhadap kewangan mereka.

Selain itu, simpanan ini juga dapat memberikan keselamatan kewangan dan membantu dalam situasi kecemasan atau perbelanjaan pendidikan yang mengejut.

Kewangan : 3 Cara Simpan Dan Labur Duit Raya Anak
Kewangan : 3 Cara Simpan Dan Labur Duit Raya Anak

Tempat Simpanan Terbaik Untuk Duit Raya Anak

1. Tabung Haji

Menyimpan untuk anak-anak di Tabung Haji merupakan langkah bijak dalam perancangan kewangan keluarga. Ini kerana Tabung Haji menawarkan pelbagai kelebihan seperti dividen dan bonus tahunan yang menarik, yang boleh membantu meningkatkan nilai simpanan jangka panjang untuk keperluan pendidikan atau masa depan anak-anak.

Selain itu, pelaburan di Tabung Haji juga dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah, jadi ibu-bapa tidak perlu runsing tentang keselamatan duit simpanan anak. image 2024 05 03 150844024

2. Amanah Saham Berhad(ASB)

Menarik mengenai pelaburan di ASB adalah ianya merupakan satu bentuk pelaburan yang mempunyai risiko paling rendah dan menawarkan keuntungan paling tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan jenis lain di Malaysia. Keuntungan kebiasaanya adalah pada 5% – 5.2% setiap tahun.

Di ASB juga duit simpanan anda adalah dijamin kerajaans erta bonus yang diperolehi adalah bebas cukai, menjadikannya pilihan yang selamat dan menguntungkan untuk masa depan kewangan anak-anak.

Kepada mereka yang bukan berbangsa Melayu ataupun bumiputera, anda boleh membuka ASM. Konsep pelaburan yang digunapakai oleh Amanah Saham Malaysia(ASM) juga adalah sama dengan pembelian RM1 seunit, namun yang membezakannya adalah pulangan keuntungan yang sedikit rendah berbanding ASB. image 2024 05 03 150740427

BACA JUGA ======== PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar

3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN)

SSPN merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN PRIME (dahulunya SSPN-i) selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. image 2024 05 03 151303653

Sementara itu, SSPN PLUS pula dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus. Menarik mengenai SSPN, ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak adalah layak untuk diberi pelepasan cukai sehingga maksimum RM8,000.00 setahun oleh kerajaan dan ianya juga tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Dividen yang ditawarkan pun sangat berbaloi untuk jangan masa panjang tabungan pendidikan anak anda. image 2024 05 03 151419584

Cara Daftar SSPN

Anda boleh melakukan pendaftaran SSPN melalui secara dalam talian sahaja.

1. Buka Laman Web

Untuk mendaftar SSPN online, pergi ke laman web rasmi SSPN : https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/ simpan sspn sspn i 1024x488 1

2. Pilih Skim / Pakej

Anda boleh memilih untuk daftar SSPN PRIME atau SSPN PLUS, dan klik pada salah satu butang tersebut. sspn plus 1024x513 1

3. Isi Maklumat Anak / Peribadi

Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.

4. Pilih Kaedah Potongan

Anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN. Fahami terma dan syarat yang ditetapkan. Klik ‘Setuju’.

5. Buat Bayaran

Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut. (Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan) Pilih bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran.

6. Pengesahan

Maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan. Selepas daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online.

Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu kewangan anda dan memberi manfaat dalam mengurus perbelanjaan bulanan. Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan PERINGATAN : 1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment