Cara Kemaskini No Telefon KWSP Online Bagi Proses OTP/TAC i-Citra

Kongsi Artikel Ini

Untuk makluman, ahli daftar KWSP yang menghadapi masalah dalam membuat permohonan i-Citra kerana telah menukar no telefon yang baru, di sini kami kongsikan cara kemaskini atau meneruskan permohonan tanpa menghadirkan diri ke kaunter KWSP.

Menurut KWSP, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan jika anda telah menukar nombor telefon iaitu:

  1. Sila jawab soalan keselamatan
  2. Mengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP

kemaskini no telefon kwsp

Isi Kandungan

LANGKAH UNTUK KEMASKINI NO TELEFON KWSP YANG TELAH DIDAFTARKAN SEMASA PERMOHONAN I-SINAR

  • Untuk daftar/kemaskini nombor telefon TAC/OTP, sila hadir ke kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad(no ic) dan cap ibu jari.
  • Untuk dapatkan lokasi kiosk KWSP yang berdekatan dengan lokasi anda, sila buat carian di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.
  • Anda juga boleh membuat proses mengemaskini di kaunter atau cawangan KWSP yang dibuka sepanjang tempoh PKP ini. Namun, sila pastikan anda telah membuat janji temu online terlebih dahulu.
  • Sila rujuk: JTO: Janji Temu Online KWSP Dalam Tempoh PKP

 

BERAPAH LAMAKAH TEMPOH UPDATE NO BARU?

  • Nombor telefon anda akan mula dikemaskini di dalam sistem dalam tempoh masa 24 jam bermula dari tarikh pengemaskinian di kios.
  • Permohonan i-Citra juga hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.

BOLEHKAH PERMOHONAN I-CITRA DIBUAT TANPA MENGEMASKINI NO TELEFON BARU?

Jika anda ingin membuat permohonan i-Citra tanpa menukar nombor telefon lama atau tanpa keluar ke mana-mana kiosk atau kaunter KWSP, anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan di bawah.

nombor telefon bimbit 485x1024 1

  • Pastikan anda menjawab soalan ini dengan betul kerana soalan itu berkaitan dengan soalan yang anda tetapkan semasa memohon i-Sinar sebelum ini.
  • Apabila anda telah menjawab semua dengan betul kesemua soalan keselamatan, anda boleh log masuk tanpa membuat kemaskini nombor telefon di kios KWSP.
  • Semasa permohonan tersebut, anda juga boleh mengemaskini maklumat no telefon baru.
  • Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah permohonan i-Citra atas sebab telah bertukar nombor telefon.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Leave a Comment