Jemaah Menteri Setuju Potong Gaji 20 Peratus Setiap Sebulan ~ PM
Baca Selanjutnya di halaman TriviaMy.
TERKINI: Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.
“Jemaah Menteri juga setuju bahawa atas semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat serta memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.
“(Pemotongan gaji) ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih tiga tahun (pemotongan berlaku tiga tahun).
Baca Juga:
- Panduan Mohon Pengeluaran Duit ASB Secara Online Tahun 2022
- Barisan Kabinet Anwar Mungkin Diumum Hari Ini
- Mat rempit di Kelantan meningkat 49 peratus
“Pemotongan gaji ini tidak wajar dan saya berterima kasih dengan kesediaan mereka (barisan Kabinet,” katanya Perdana Menteri.
Perdana Menteri berkata, dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri, di sini pada Isnin.
Hadir sama dua Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sebelum itu, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertamanya di Perdana Putra.
Pada 2 Disember yang lalu, Anwar mengumumkan barisan kabinet yang dianggotai 28 menteri termasuk dua TPM, selain beliau sendiri telah memegang portfolio Menteri Kewangan.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.
“Ada yang kata Anwar tak terima gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, itu tidak benar,” ujarnya. – AstroAwani