Jawatan Kosong Bank Rakyat Kelayakan Diploma : Ambilan April 2024

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong Bank Rakyat Kelayakan Diploma : Ambilan April 2024

Permohonan Jawatan Kosong Bank Rakyat Malaysia kini dibuka bagi ambilan bulan April 2024. Kini mereka menawarkan kekosongan jawatan. Daftar segera, peluang adalah terhad. Panduan permohonan disertakan dibawah, teruskan membaca.

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM117.33 bilion berakhir Disember 2022.

Bank Rakyat juga merupakan salah satu agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kami komited untuk menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara melalui semua usaha dan langkah yang diatur.

Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai 148 cawangan dengan lebih daripada 989 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 127 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.

Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan tele-Rakyat yang boleh dihubungi di talian 1-300-80-5454(Bebas Tol) dan perbankan internet iRakyat di www.irakyat.com.my.

 

Jawatan Kosong Bank Rakyat Kelayakan Diploma : Ambilan April 2024
HQ Bank Rakyat



MAKLUMAT JAWATAN KOSONG BANK RAKYAT APRIL 2024

Nama Majikan : BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA

Jawatan Yang Ditawarkan : PEGAWAI SEMAKAN AR-RAHNU

Lokasi : Rujuk iklan di bawah

Tarikh  Tutup Permohonan : 5 April 2024



BACA JUGA  :

KELAYAKAN

Pemohon hendaklah pastikan mengikuti langkah yang ditetapkan untuk memohon jawatan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan.

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia bagi jawatan kosong Pegawai Semakan Ar-Rahnu Ambilan April 2024 :

  1. Mepunyai pengalaman bekerja dalam bidang pajak gadai/tukang emas/jual beli emas sekurang-kurangnya satu tahun.
  2. Keutamaan memiliki Sijil/Diploma dari institusi yang diiktiraf JPA/MQA.
  3. Boleh menggunakan Microsoft Word, Excel dan juga Powerpoint.
  4. Memiliki kenderaan sendiri dan lesen yang sah sekurang-kurangnya lesen D(kereta).
  5. Boleh bekerja dalam pasukan.
  6. Berumur diantara 21 tahun hingga 27 tahun.
  7. Boleh bekerja dalam seliaan yang minimum dan sanggup bekerja hujung minggu tertakluk pada keperluan.

Sekiranya anda, berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di iklan penuh jawatan)

Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Cukup syarat akademik yang ditetapkan
  • Baik dalam pengurusan masa
  • Komunikasi yang baik
  • Berminat bina kerjaya bersama majikan
  • Luas pengetahuan am
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk iklan penuh jawatan di bawah)

 

 

DESKRIPSI TUGAS JAWATAN

Berikut adalah tugas Pegawai Semakan Ar-Rahnu:

  1. Membuat semakan dan penilaian emas bagi menentukan ketulenan serta pengesahan kualiti emas(karat)
  2. Membandingkan fizikal emas dengan rekod laporan adalah sama dari segi berat dan jenis barang kemas.
  3. Menyediakan laporan lengkap mengikut tempoh yang ditetapkan setelah proses semakan emas selesai dilaksanakan.



CARA MOHON JAWATAN KOSONG BANK RAKYAT APRIL 2024

Berikut adalah cara untuk memohon jawatan kosong Bank Rakyat : IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG

 

Jawatan Kosong Bank Rakyat Kelayakan Diploma : Ambilan April 2024

Jawatan Kosong Bank Rakyat Kelayakan Diploma : Ambilan April 2024

 

TIPS TAMBAHAN UNTUK MENDAPAT JAWATAN KOSONG BANK RAKYAT

  1. Kenali Keperluan Jawatan: Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memahami sepenuhnya keperluan dan tanggungjawab jawatan. Baca dengan teliti syarat-syarat jawatan dan pastikan CV dan surat permohonan anda menonjolkan kelayakan dan pengalaman yang berkaitan.
  2. Tekankan Kebolehan Berkomunikasi: Bekerja dalam kumpulan memerlukan kemahiran komunikasi yang baik. Seorang pekerja yang baik harus dapat menyampaikan idea dengan jelas, menarik, dan efektif sesama rakan kerja.
  3. Pengurusan Masa Yang Baik : Tonjolkan penguasaan diri tentang kemampuan mengurus masa dengan baik, agar anda dapat menyelesaikan tugas dengan lebih cepat dan efisien, serta menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment