Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500 Berkuatkuasa Hari Ini

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Gaji Minimum 2023

SHAH ALAM : Pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 melibatkan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2023.



Penguatkuasaan di bawah Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 itu melibatkan semua sektor termasuk perladangan, pertanian dan pembuatan kecuali perkhidmatan domestik dan aparentis.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan kerajaan sebelum ini, penguatkuasaan tersebut telah ditangguhkan selama enam bulan berbanding tarikh awal yang ditetapkan iaitu 1 Januari 2023.

Artikel lain :


Penguatkuasaan Gaji Minimum RM1,500

Pelaksanaan gaji minimum baharu itu telah diluluskan kerajaan pada 19 Mac 2022 dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada 27 April 2022.

Oleh demikian, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menguatkuasakan perkara tersebut untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih bermula 1 Mei 2022.

Bagaimanapun, menurut peraturan, semua majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, diberi pengecualian dan pelaksanaan PGM 2022 berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Gaji minimum

Menurut Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, keputusan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira soal kesediaan majikan dalam kategori berkenaan bagi menguatkuasakan gaji minimum baharu kepada pekerja mereka.




Selain itu, pihaknya turut mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan berdasarkan jangkaan cabaran ekonomi serta kewangan yang bakal dihadapi tahun 2023. – Sinar Harian

Ikuti Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment