Caruman Suri Rumah, RM120 Bagi Tempoh 12 bulan – Info Exclusive Disini !

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong Mara

Caruman Untuk Suri Rumah

Jika anda seorang suri rumah, anda boleh membuat caruman suri rumah yang akan melindungi anda ketika melakukan aktiviti menjaga rumah tangga. Hal ini merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024 iaitu meneruskan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dengan peruntukan RM50 Juta yang telah bermula pada 1 Disember 2022. Skim ini akan memanfaatkan lebih 400 ribu suri rumah wanita untuk membuat caruman suri rumah yang berdaftar di bawah e-kasih.

caruman suri rumah

Apa Itu Caruman dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah?

Caruman dapat didefinisikan sebagai membuat bayaran atau sumbangan bulanan yang dibayar dari semasa ke semasa untuk membiayai keperluan dan  memberi perlindungan ketika melakukan tugas. Bukan sahaja seorang pekerja yang bekerja boleh mendapatkan perlindungan ini, namun sekarang ini, caruman suri rumah juga tersedia untuk anda.



Untuk menghargai sumbangan suri rumah dalam ‘Care Economy’ dan pembinaan institusi keluarga, Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022.

SKSSR memberikan perlindungan kepada golongan suri rumah jika mereka mengalami kemalangan atau kecederaan semasa menjalankan tugas rumah tangga.

Skim caruman suri rumah ini tidak hanya meliputi aktiviti-aktiviti pengurusan rumah tangga atau harian di rumah, tetapi juga merangkumi perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas rumah tangga seperti menguruskan anak-anak atau ibu bapa tua, menghantar dan menunggu anak dari sekolah, membawa ibu bapa ke klinik, membeli keperluan di pasar atau supermarket dan lain-lain.

BACA JUGA : Permohonan Konstabel Polis Gred YA1 Dibuka Sehingga 31 Oktober 2023

Syarat Kelayakan Bagi Skim Ini

  • Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  • Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
  • Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu

Caruman Suri Rumah Yang Dibenarkan

Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman suri rumah adalah sebanyak RM120 setahun bagi seorang suri rumah secara “in advance” atau “pre-paid” bagi tempoh 12 bulan berturut-turut untuk memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah. Caruman suri rumah boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.




Dua jenis perlindungan melalui caruman suri rumah iaitu :

1. Bencana Domestik iaitu kejadian sehingga menyebabkan hilang upaya kekal untuk melakukan apa-apa aktiviti sebagai seorang suri rumah atau sehingga menyebabkan kematian. Berikut merupakan faedah bagi perlindungan ini :

caruman suri rumah

2. Keilatan iaitu penyakit atau keuzuran tertentu sehingga tidak mampu untuk melakukan sebahagian besar atau sepenuhnya aktiviti sebagai suri rumah atau sehingga menyebabkan kematian. Berikut merupakan faedah bagi perlindungan ini :

caruman suri rumah

Cara Pendaftaran Dan Pembayaran Caruman

Anda boleh menjelaskan caruman suri rumah SKSSR anda melalui cara-cara berikut:
a. Melawat portal suri.perkeso.gov.my dan membuat bayaran secara FPX
b. Mengisi Borang Pendaftaran SR 1 dan membawanya ke kaunter PERKESO untuk bayaran


Info lanjut mengenai pendaftaran dan caruman suri rumah boleh lawati ke laman berikut : Panduan Pengguna Sistem Suri Perkeso

caruman suri rumah

Permohonan Tuntutan Faedah

Untuk mendapatkan faedah caruman suri rumah SKSSR, anda perlu mengisi Borang SR6 (klik disini untuk ke pautan borang SR6) – Borang Tuntutan Faedah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan menghantar bersama-sama dokumen-dokumen yang berkaitan.



Anda boleh mendapatkan borang ini dari laman web PERKESO atau dari Pejabat PERKESO yang terdekat. Borang SR6 boleh digunakan untuk menuntut faedah rawatan perubatan atau faedah hilangupaya kekal akibat Bencana Domestik, Notis Keilatan dan Tuntutan Kematian.

Maklumat lebih lanjut dan terperinci berkenaan dengan caruman suri rumah boleh didapati melalui laman web berikut : Portal Rasmi Perkeso

Adakah artikel ini memberikan manfaat kepada anda?Sekiranya bermanfaat, kongsikan kepada kenalan yang lain.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA KLIK PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

 

 

 

 

Leave a Comment