RAYUAN STR & PERMOHONAN SEMAKAN STATUS TIDAK LULUS STR FASA 1 BAGI PEMOHON BERSTATUS TIDAK LAYAK / TIDAK LULUS
Pembayaran STR Fasa 1 telah mula disalurkan secara berperingkat pada 29 Januari 2024.
Menerusi bantuan ini, para penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.
Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 29 Januari 2024.
Join Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan 2024 : https://linktr.ee/infobantuanmalaysia
Isi Kandungan
Semakan Status Tidak Lulus – Cara Buat Rayuan STR Fasa 1
Pemohon boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya LULUS RAYUAN.
Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2023 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2024 :
Artikel Berkaitan :
MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
- Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
- Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
MAKSUD STATUS LULUS
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?
-
- Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
-
MAKSUD STATUS LULUS
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?
- Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
APA PERLU BUAT JIKA STR 2024 TIDAK LULUS?
- Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?
- Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
- Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
KEMASKINI STR 2024
- Sekiranya status permohonan saya Dalam Proses, adakah saya boleh mengemas kini semula maklumat permohonan saya?
- Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat permohonan tidak boleh dibuat sehingga keputusan dipaparkan.
MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2024
- Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?
- Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
Sila rujuk cara membuat semakan seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi STR 2024 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Semak status anda
- Jika tidak lulus, status akan dipaparkan seperti contoh di bawah:
Sebelum ini, LHDN memaklumkan bahawa tarikh bayaran STR adalah secara berperingkat, bergantung kepada tarikh permohonan anda dihantar.
Bagi yang menghantar borang pada 1-30 November 2023 yang lalu, anda akan menerima pembayaran mulai 29 Januari 2024.
Manakala bagi yang menghantar permohonan pada 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, anda akan menerima bayaran bermula pada April 2024.
Sila rujuk jadual di bawah:
Tarikh Permohonan Rayuan STR 2024
Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:
- Mulai 29 Januari 2024
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Untuk membuat rayuan STR, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Kaedah Permohonan Rayuan STR 2023:
- Secara Dalam Talian
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Sila rujuk ikon PERMOHONAN RAYUAN STR seperti yang tertera dalam tangkap layar di bawah:
Sila rujuk Kod Alasan Tidak Lulus STR dan muatnaik dokumen yang diperlukan untuk permohonan.
Permohonan Semakan Semula (Rayuan STR 2024) secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Maklumat Lanjut
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024
- Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.
Baca Juga :
- I-Saraan KWSP 2024 : Cara Daftar Dan Faedah
- Jawatan Kosong di Prasarana: Mohon Sebelum 24 Februari 2024!
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.