Belanjawan 2024 : Tingkat Darjat Hidup Rakyat

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Belanjawan 2024 Oleh YAB Perdana Menteri

YAB Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2024. Antara fokus belanjawan kali ini adalah meningkatkan darjat hidup rakyat. Berikut merupakan intipati bagi belanjawan yang dibentangkan. Teruskan membaca.



Tingkat Darjat Hidup Rakyat




Tiga tumpuan dalam Belanjawan Ekonomi Madani kali ini. Antaranya adalah meningkatkan darjat hidup rakyat selain tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan dan penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan. Apa manfaat yang akan diperolehi melalui tumpuan meningkatkan darjat hidup rakyat?Teruskan membaca.

Baca Juga : Belanjawan 2024 : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2024

hidup rakyat

Penyaluran Bantuan Kepada Golongan Memerlukan

Beberapa golongan akan menerima bantuan daripada Belanjawan 2024 kali ini, antaranya :


Golongan OKU, Warga Emas, Kanak-Kanak dan Miskin Tegar

  1. Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700
  2. Kadar minimum STR untuk golongan belia pula meningkat daripada RM350 kepada RM500
  3. RM500 untuk bayaran pertama STR akan dinaikkan kepada RM500 dan akan disalurkan sebelum Ramadan
  4. Penerima Sumbangan Asas Rahmah akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan (permohonan baharu pada November 2023)
  5. JKM terima 2.4 bilion ringgit untuk beri manfaat kepada 450 ribu rakyat
  6. 100 ribu topi keledar akan diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu
  7. Kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan ditingkatkan kepada RM300 sebulan



Mahasiswa dan Belia

  1. Flysiswa, subsidi pembelian tiket penerbangan mahasiswa akan diteruskan
  2. Kerajaan akan meneruskan Program Mylesen, menanggung bayaran Ujian Memandu bagi lesen Motorsikal Kelas B2, Ehailing dan Teksi
  3. Ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan
  4. Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024
  5. Yuran pendaftaran masuk ke universiti dihadkan tidak melebih RM1,500 bermula Januari 2024
  6. PERKESO sedia insentif khas sebanyak RM1500 sebulan selama 6 bulan untuk pencari kerja
  7. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) akan diteruskan

Golongan Wanita & Kanak-kanak

  1. Galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027
  2. Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak ditingkatkan kepada RM3,000




Orang Awam

  1. Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dan meneruskan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi
  2. Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan
  3. Subsidi pengangkutan awam seperti bas, rel dan perkhidmatan udara akan diteruskan
  4. Sebanyak 14 Program Rumah Mesra Rakyat diteruskan bagi membina 3,500 unit rumah dengan peruntukan 358 juta ringgit

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

 

Leave a Comment