TERKINI : Bantuan Kewangan BMT Sebanyak RM800 Dipercepatkan Ke Disember ini!

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Kewangan BMT Sebanyak RM800 Dipercepatkan Ke Disember Ini ~ Semak Sekarang!

Untuk makluman anda semua, dalam usaha Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya ialah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) daripada RISDA.

    • Berikut ialah butiran bantuan.
    • Bantuan Monsun (BMT).


BMT adalah merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha meringankan beban mereka semasa musim tengkujuh.

Isi Kandungan

JUMLAH BANTUAN KEWANGAN BMT



Buat makluman, jumlah bantuan yang diberikan ialah RM800 berbanding RM600 sebelum ini sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan.

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN BMT




Berikut adalah syarat kelayakan BMT:

  • Petani Kecil RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil (usahawan) berdaftar dengan RISDA
  • Saiz tanah 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot sahaja untuk seorang penerima.

Penoreh Bukan Pemilih



  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh lot seluas 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik sah tanah
  • 1 lot sahaja untuk seorang penerima
  • Mempunyai Kad Permit Kuasa Getah (PAT-G) yang sah.

SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN KEWANGAN BMT




Pembayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Semakan kelulusan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem BMT RISDA

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi RISDA di talian 03-4256 4022.

Leave a Comment