TERKINI : Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2023 ~ Semak Sekarang!

Kongsi Artikel Ini

Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2023 ~ Semak Sekarang!

Di waktu yang mencabar untuk rakyat ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Insentif dan bantuan untuk rakyat dalam pembentangan Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.

Bagi membantu ibu bapa atau penjaga untuk meringankan beban menyara anak sekolah, pihak Kerajaan telahpun bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP).


Menurut Tengku Zafrul Bantuan Kewangan yang akan diberikan secara ‘one-off’ itu akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.

Isi Kandungan

KADAR BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023



Buat makluman anda, Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP) dengan jumlah yang telah dinaikkan kepada RM150 berbanding yang sebelumnya adalah RM100.

Jika sebuah keluarga itu mempunyai tiga orang anak yang bersekolah, ini bermakna mereka layak untuk menerima BAP sebanyak RM450.




Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023



Untuk BAP 2023 yang diberikan secara ‘one-off’ ini akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya akan diberikan kepada murid yang pendapatan ibu bapanya adalah RM3,000 ke bawah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023




Kementerian Pendidikan telah memaklumkan tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 seawal 12 Januari 2023,

PENGENALAN BAP 2023

Bantuan Awal Persekolahan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012.

Bantuan ini diberikan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga bagi persiapan persekolahan kanak-kanak yang ditanggung mereka.

Bantuan ini diberikan kepada murid sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan.

Leave a Comment