TERKINI : Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan ~ Mohon Sekarang!

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan ~ Mohon Sekarang!

Buat makluman anda, Kerajaan Malaysia sentiasa mendahulukan rakyat, oleh itu, kerajaan sedaya upaya berusaha untuk meringankan beban rakyatnya dengan pelbagai bantuan untuk setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan jenis elaun yang akan diberikan secara bulanan kepada penerima yang layak untuk mendapatkannya.


Perhatian kepada semua ibubapa atau penjaga di Malaysia yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

Baca Juga:

Isi Kandungan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KANAK-KANAK



  • Mestilah Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  • Untuk sebarang kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

JUMLAH BANTUAN KANAK-KANAK




Untuk pengetahuan anda, minimum bantuan kanak-kanak ialah sejumlah RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan seperti berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK



Berikut merupakan cara memohon Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 2022:

Permohonan Secara Online:

Anda perlu layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

Permohonan Secara Manual:

  • Cetak Borang Permohonan.
  • Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.
  • Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:
      • Salinan kad pengenalan diri pemohon
      • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
      • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama
      • Salinan penyata gaji (jika ada)
      • Lain-lain dokumen yang berkaitan.




MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Leave a Comment