KUALA LUMPUR : Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada satu juta pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Januari 2023.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dalam Facebooknya hari ini, memaklumkan pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen akan menerima bantuan RM350 pada hari yang sama.
JPA turut memuat naik surat edaran yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Zulkapli Mohamed bertarikh 27 Dis 2022.
Artikel Berkaitan :
- Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM700 Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Sekarang!
- Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)
- Bantuan e-Wallet RM200 tahun 2023 Akan Diteruskan Lagi ~ Semak Sekarang!
Menurut surat pekeliling tersebut, Bantuan Khas Kewangan tersebut layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang masih berkhidmat pada 17 Jan 2023 meliputi pegawai lantikan tetap, sementara dan Kontrak Perkhidmatan (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji dan pegawai yang bercuti tanpa gaji.
Ia juga layak dibayar kepada pegawai lantikan Malaysia Short-Term Employmen Programme (MySTEP) yang berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Jan 2023.
Sumber : Astro Awani
Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.