TERKINI : Gaji Minima Dinaikkan Kepada RM1,800 Sebulan – CUEPACS

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Gaji Minima RM1,800

Gaji Minima Dinaikkan Kepada RM1,800. Isu gaji minima sedang hangat diperkatakan di kalangan orang ramai dan media massa.



Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kaedah baharu bagi pelaksanaan gaji minima akan dirangka bagi memastikan kebajikan setiap pekerja di negara ini terbela.

Gaji Minima RM1,800

Langkah ini selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

Kerajaan Bakal Naikkan Gaji Minima Sehingga RM1,800

Beliau yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata, majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.

“Dalam mesyuarat kabinet nanti, kita cari kaedah baharu untuk tetapkan gaji pekerja dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani di sini hari ini.




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan itu berkata, isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian ‘sekali dan untuk semua’.

Baca Juga :

Perintah Gaji Minimum Berkuatkuasa 1 Mei

Perintah gaji minimum dengan kadar minimum RMt1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lepas kepada 1 Julai depan.



Perintah gaji minimum dengan kadar minimum RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lepas kepada 1 Julai depan.

Kerajaan Sumbang RM1 Juta Untuk Cuepacs

Sementara itu, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan dana tambahan RM1 juta untuk Cuepacs.

“Terima kasih juga kepada kerajaan yang cakna dengan upah penjawat awam dari kalangan gred bawahan,” katanya.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata, pelaksanaan gaji minimum sewajarnya dikaji semula.




Agar ianya lebih progresif dan bermaruah selaras kos sara hidup ketika ini.

“Pemantuaan kerajaan juga perlu dibuat mengenai pelaksanaan gaji minimum supaya majikan tidak culas,” katanya yang turut merakam penghargaan kepada kerajaan diberikan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu pengurusan MTUC.

Kerajaan Bakal Naikkan Gaji Minimum Yang Baharu Bermula RM1,700 – RM1,800

Melalui pengenguman kerajaan berkenaan perancangan menaikkan kadar gaji minimum bagi tujuan membantu menjaga kebajikan para pekerja.

Di samping faktor taraf kehidupan yang semakin meningkat pada ketika ini.

Penetapan gaji minimum sebelum ini hanyalah RM1,200 sahaja yang mana pihak kerajaan telah ubah dan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500.



Oleh itu, jika gaji minimum ditetapkan semula kemungkinan kadar kenaikan sebanyak RM300 yang mana telah digunakan sama seperti sebelum ini.

Yang menjadikan kemungkinan kadar gaji baharu adalah sebanyak RM1,700 – RM1,800.

Semoga usaha pihak kerajaan ini dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

Gaji Minima RM1,800




Sumber : Sinar Harian

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan : https://chat.whatsapp.com/

Leave a Comment