[TERKINI] : e-Tunai RM100 Dalam Proses Pengkreditan

Kongsi Artikel Ini

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bagaimana cara nak claim e-Tunai RM100 bukan? Bila nak dikreditkan?

Ramai juga yang tertanya adakah e-Tunai RM100 ini hanya untuk golongan pelajar yang berumur 18 – 20 tahun sahaja? Bagaimana pula dengan kami golongan B40 dan M40?

Jawatan Kosong Mara

Kerajaan dalam siri lawatannya ke seluruh Malaysia melalui jelajah Perdana Menteri berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat menyedari permintaan ini dan ia dilihat relevan.



Akhirnya Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan e-Tunai Rm100 kepada kumpulan dan golongan B40 dan M40 di Malaysia.

Dengan harapan e-Tunai RM100 ini dapat meningkatan perbelanjaan dikalangan rakyat Malaysia sekaligus meningkat pusingan ekonomi di segenap sektor.

Ikuti Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : t.me/pakejbantuankerajaan

Isi Kandungan

Cara Tebus e-Tunai RM100

Terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan bantuan e-Tunai berjumlah RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Pengumuman itu telah dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023 yang lalu.




Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Sebagaimana yang diumumkan, bantuan kredit e-Tunai RM100 ini akan diberikan secara e-Tunai. Justeru, bagaimana Cara Tebus e-Tunai RM100 tersebut?

Sebenarnya, cara tebus e-Tunai RM100 ini secara terperinci masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan tetapi terdapat sedikit maklumat lanjut berkaitan bantuan ini yang telah dinyatakan seperti dibawah.


Syarat Kelayakan

Syarat-syarat untuk penembusan e-Tunai RM100 ini adalah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun ke atas.
  3. Berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Penyedia Perkhidmatan

Program bantuan e-Tunai RM100 yang akan berlangsung pada suku keempat tahun ini masih belum mengumumkan penyedia perkhidmatan yang terlibat. Ini bermakna, kita masih tidak tahu siapa yang akan menjalankan program ini.




Berdasarkan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah yang telah diberikan sebelum ini, terdapat tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program tersebut, iaitu;

  • Boost.
  • Setel.
  • Touch n Go TNG.

Sekiranya pengumuman rasmi dibuat kelak, beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang lain seperti GrabPay, ShopeePay, BigPay mungkin juga akan terlibat. Namun begitu, ini hanyalah satu kemungkinan pada masa ini.

Justeru, berikut adalah secara umumnya Cara Claim e-Tunai RM100 yang anda perlu lakukan nanti.



  1. Pastinya anda perlu memilih apps yang mana menjadi pilihan anda untuk claim eTunai RM100 tersebut.
  2. Anda boleh terus mendaftar untuk menebus dengan mengisi segala maklumat dan info yang diperlukan untuk claim eTunai RM100 tersebut.
  3. Selesai dan anda sudah boleh membeli di kedai-kedai yang dibolehkan untuk menggunakan, menebus dan claim bantuan eTunai RM100 tersebut.

Tarikh Pelaksanaan Bantuan eTunai RM100

Dalam satu hantaran di Facebook, Kementerian Kewangan memaklumkan, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Apa Maksud Suku Keempat?


Suku tahunan merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan;

  • Suku pertama – Januari hingga Mac
  • Suku kedua – April hingga Jun
  • Suku ketiga – Julai hingga September
  • Suku keempat – Oktober hingga Disember

Bayaran Suku Keempat yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan akan dilaksanakan dalam tempoh Oktober hingga Disember 2023.

Untuk melaksanakan inisiatif ini dengan berkesan, Kementerian Kewangan perlu berunding dengan pemegang taruh yang berkaitan. Ini adalah langkah penting untuk memastikan bahawa inisiatif ini dapat memenuhi keperluan dan harapan mereka.




e-Tunai Rm100

Kelebihan Bantuan e-Tunai RM100

Dengan nilai e-Tunai RM100 untuk setiap rakyat Malaysia yang layak berjumlah Rm1 bilion ini pasti akan melibatkan 10 juta penerima yang dilambakkan ke pasaran ekonomi Malaysia, dan pastinya akan berlaku kitaran ekonomi setempat di segenerap demografi di Malaysia.



Sebenarnya bukan sahaja 10 juta itu sahaja yang akan menerima kesan positif bantuan e-Tunai RM100 ini, malahan impaknya akan dirasai oleh golongan peniaga dan penjaja, usahawan, kontraktor, tukang, pemilik syarikat, pemborong, pengimport, freelancer dan ramai lagi apabila mereka-mereka ini keluar berbelanja.

Selain itu, pemberian e-Tunai RM100 ini juga akan meningkatkan lagi kemampuan rakyat Malaysia untuk berbelanja secara cashless kerana Cara Claim e-Tunai RM100 ini nanti adalah sepenuhnya secara tanpa tunai.

Sekaligus dengan perbelanjaan domestik yang melonjak sebenarnya membantu daripada sudut pertumbahan ekonomi untuk bulan-bulan yang mendatang.


Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai cara tebus e-Tunai RM100 ini, boleh rujuk melalui laman web Manfaat atau Facebook Rasmi Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa dan diharapkan info ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di Triviamy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

Artikel berkaitan :

Leave a Comment