Tarikh Bayaran Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM200 (Hari Bekerja)

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

White Minimalist Corporate Personal Profile LinkedIn Banner

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan inisiatif baharu yang dipanggil e-Tunai Belia Rahmah, yang akan menyediakan kredit e-dompet bernilai RM200 kepada rakyat Malaysia yang layak.



Untuk makluman anda, pengkreditan eBeliaRahmah ini akan diperluas kepada seluruh mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi seperti Universiti, Politeknik, Kolej Universiti, Kolej Matrikulasi termasuk Institut seluruh negara.

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM200




Saiz penerima kali ini juga adalah lebih besar dan diperluas berbanding sebelum ini yang hanya terhad kepada remaja 18-20 tahun. Merujuk kenyataan YAB Perdana Menteri, pengkreditan bayaran akan mula dilaksanakan Jun ini.

Kredit e-dompet boleh digunakan untuk membuat pembelian di kedai yang mengambil bahagian dalam program ini, termasuk kedai dalam talian dan kedai fizikal.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenainya.

Artikel berkaitan :

e-Tunai Belia Rahmah RM200

Berdasarkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Tunai bagi tahun 2023 akan diteruskan.



Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif ini akan memanfaatkan 2 juta belia yang berumur antara 18 sehingga 20 tahun.

Untuk makluman, kadar bayaran e-Tunai pada tahun ini akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.

Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah

Berikut adalah jadual & tarikh bayaran e-Tunai Belia Rahmah mengikut hari bekerja dan tidak termasuk hari pelepasan am atau cuti umum bagi bulan Jun 2023 :

e-Tunai Belia Rahmah




Cara Claim Bantuan e-Tunai Belia Rahmah

Untuk menuntut kredit e-Tunai Belia Rahmah, anda perlu memuat turun salah satu daripada aplikasi e-dompet berikut :

  1. BigPay
  2. ShopeePay
  3. Boost
  4. Touch N Go eWallet
  5. GrabPay

Mohon Juga :

Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda. Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ claim :



  • Buka aplikasi e-dompet dan pergi ke bahagian “e-Tunai Belia Rahmah“.
  • Masukkan nombor kad pengenalan.
  • Klik pada butang “Tuntutan/ Claim”.
  • Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses pengkreditan berjaya.

Syarat Kelayakan Bantuan e-Tunai 2023

Berikut adalah syarat kelayakan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah :




  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
  • Pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas

Kami akan mengemas kini lebih banyak maklumat mengenai inisiatif e-Tunai bantuan kredit e-Wallet ini jika terdapat sebarang maklumat baharu mengenainya.

Maklumat Lanjut

Sebarang informasi terkini akan dihebahkan melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan https://www.mof.gov.my/portal/ms/. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang inisiatif e-Tunai Belia Rahmah, anda boleh menghubungi pembekal e-dompet yang berkenaan.

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan



Leave a Comment