Tarikh Agihan SARA Di Semanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. Exclusive Disini !

Kongsi Artikel Ini

Peringatan : Artikel ini hanya memberikan perkongsian mengenai agihan SARA dan tidak mengumpul sebarang data dan maklumat. 

Isi Kandungan

Jawatan Kosong SPA9

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan kelanjutan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024), disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Tujuannya adalah memenuhi keperluan barangan asas. Kadar tambahan STR diperkasa melalui SARA, memungkinkan pembelian tanpa tunai untuk semua penerima STR 2024.




agihan sara

KATEGORI PENERIMA AGIHAN SARA

  1. Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan (Semenanjung): Penerima SARA di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM100. Bagi golongan bujang, bantuan bulanan adalah RM50.
  2. Sabah, Sarawak, dan Labuan: Bagi penerima di kawasan ini, bantuan akan disalurkan dua kali setahun. Isi rumah dan warga emas tiada pasangan akan menerima RM600, manakala golongan bujang akan menerima RM300. Pembayaran akan dilakukan melalui pengkreditan bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).




BACA JUGA : JAWATAN KOSONG MYSTEP GURU GANTI

TARIKH AGIHAN SARA

  • Semenanjung: Bermula 22 Januari 2024 (Isnin).
  • Sabah, Sarawak & WP Labuan: 19 Februari 2024 (Isnin) & 12 Ogos 2024 (Isnin).

PENINGKATAN BANTUAN DAN PERLUASAN PROGRAM

  1. Jumlah Bantuan Ditingkatkan: Peningkatan jumlah bantuan kepada RM1,200, sekali ganda lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.
  2. Peluasan Kategori Barangan: Kredit program SARA akan digunakan untuk tiga kategori barangan asas tambahan, iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, dan peralatan persekolahan.


CARA SEMAK AGIHAN SARA

Penerima SARA yang layak akan menerima makluman melalui sistem pesanan ringkas atau aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih. Ini bertujuan untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, termasuk tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Semakan kelayakan SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi STR di sini bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, dan melalui portal MyKasih di sini.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment