STR Tambahan RM600 Untuk Bujang Dibayar Secara One-Off

Kongsi Artikel Ini

Perkeso

STR Tambahan untuk Bujang B40 – Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 bermula, Julai 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.




STR Tambahan

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR Tambahan) serta kategori penerima yang layak.

STR Tambahan


Artikel berkaitan : STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah

Isi Kandungan

STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :



i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang




a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat ; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

STR Tambahan

Kerajaan akan memberi Sumbangan Tunai Rahmah @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan)

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:


  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Semakan Kelayakan

Bagi yang tidak pasti sama ada anda tersenarai dalam eKasih, sila semak pendaftaran di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/

Jika anda ingin mendaftar, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran pada pautan di atas.

Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran

Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Sila rujuk jadual berikut :




  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

SOALAN LAZIM

Leave a Comment