STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan

Kongsi Artikel Ini

STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan

Semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

STR Fasa 3 : Tarikh



Isi Kandungan

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.



STR Fasa 3 : Tarikh Bayaran Bantuan STR Isi Rumah

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

jadual bayaran STR 1

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

STR Fasa 3 : Tarikh

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

jumlah bayaran str sara 2024 5

Cara Semakan Status STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/



Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik lok masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

STR Fasa 3 : Tarikh

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Leave a Comment