Syarat Kelayakan & Cara Mohon Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) Tahun 2022

Kongsi Artikel Ini

Skim Kesihatan Wanita Selangor. Buat makluman, Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) untuk wanita yang telah memenuhi syarat kelayakan.

Jom ketahui lebih lanjut di halaman TriviaMy.


Skim Kesihatan Wanita Selangor

Isi Kandungan

SYARAT KELAYAKAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR



  • Warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas.
  • Pengundi yang berdaftar di Negeri Selangor.
  • Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor.
  • Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor).
    *Pemohon mestilah mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja
    **Jawatan pengesahan yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:

    • Ahli Parlimen Selangor
    • ADUN Selangor
    • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
      Penghulu/ Ketua Kampung
    • Pengerusi Taman Perumahan/ Ketua Blok
    • Ketua Komuniti/ Nazir Masjid
  • Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu.
  • Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalani apabila peserta mendapatkan rekomendasi oleh pihak doktor/ pakar perubatan sah.

Skim Kesihatan Wanita Selangor

Baca Juga:

CARA MOHON SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR




Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) secara online untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram secara PERCUMA .

i) Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor hanya diterima secara atas talian (online) sahaja.

ii) Setelah selesai mendaftar, pemohon mestilah menghantar dokumen sokongan ke pejabat YAWAS atau emel di [email protected]

iii) Dokumen sokongan yang perlu dihantar ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  • Borang permohonan online (sekiranya bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah mendapatkan pengesahan mastautin).
  • Salinan semakan daftar pemilih (SPR) pemohon.

Skim Kesihatan Wanita Selangor

SENARAI HOSPITAL PANEL YAWAS



    • COLUMBIA ASIA HOSPITAL (KLANG)
    • COLUMBIA ASIA HOSPITAL (CHERAS)
    • COLUMBIA ASIA HOSPITAL (PUCHONG)
    • COLUMBIA ASIA HOSPITAL (SETAPAK)
    • KPJ KLANG SPECIALIST HOSPITAL
    • KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL (SHAH ALAM)
    • MAKNA
    • BEACON HOSPITAL SDN BHD
    • AURELIUS HOSPITAL NILAI
    • SENTOSA SPECIALIST HOSPITAL (KLANG)
    • KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE (KPMC)




MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan info yang lebih lanjut, anda boleh pergi ke pautan berikut https://skw.yawas.my/web/

Anda juga boleh hubungi saluran berikut:

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

  • Telefon : 03 5481 8839/ 03 5481 8835
  • E-mel : pendaftaranskws@admin

Leave a Comment