Hanya Berharga RM4.90, Ini Senarai Menu Rahmah Yang Ditawarkan Kepada Rakyat

Kongsi Artikel Ini

Bagi meringankan beban dan memastikan golongan B40 mampu membeli makanan di restoran pada harga berpatutan, kerajaan telah melancarkan inisiatif Menuh Rahmah secara rasmi semalam.



Lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40.

Untuk pengetahuan anda, MYDIN juga terlibat dengan inisiatif ini dan berikut kami kongsikan Menu Rahmah berbeza yang ditawarkan oleh MYDIN setiap hari.

Baca Juga :

Isi Kandungan

Hari Isnin

Untuk hari Isnin, set menu rahmah yang ditawarkan adalah nasi putih, ayam masak kicap bersama kacang panjang goreng serta disertakan dengan air minuman 500ml.

Menu Rahmah




Hari Selasa

Pada hari Selasa pula, set makanan yang ditawarkan adalah nasi putih, ikan kembung goreng bersama tauge masak lemak serta air minuman 500ml.

Menu Rahmah

Hari Rabu

Manakala pada hari Rabu pula, set makanan yang ditawarkan adalah nasi putih, ayam goreng kunyit dan bayam goreng disertakan dengan air minuman 500ml.

Menu Rahmah



Hari Khamis

Set makanan yang ditawarkan pada hari Khamis adalah nasi putih, sambal ikan dan juga kubis goreng serta air minuman 500ml.

Menu Rahmah




Hari Jumaat

Pada hari Jumaat, set makanan yang ditawarkan mengandungi nasi putih, kari ayam dan tauge goreng beserta dengan air minuman 500ml.

Menu Rahmah



Hari Sabtu

Pada hari Sabtu pula, menu yang ditawarkan adalah nasi putih, ikan masak kicap dan kangkung goreng belacan serta lengkap dengan air minuman 500ml.

Menu Rahmah




Hari Ahad

Set makanan yang ditawarkan pada hari Ahad adalah nasi putih, ayam sambal dan kubis goreng serta air minuman 500ml.

Menu Rahmah



Setiap set makanan dijual dengan harga RM4.90 sahaja dan anda boleh dapatkan makanan yang enak serta berjimat. Pelanggan boleh dapatkan set makanan ini di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih.

Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment