SARA 2026 – Semakan bantuan RM600 sehingga RM2,400 bujang dan isi rumah

Kongsi Artikel Ini

Tahukah anda? Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2026) kini diteruskan dengan kadar yang lebih tersusun dan liputan penerima yang semakin luas.

Berita baik ini pastinya memberi kelegaan kepada ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Melalui SARA 2026, kerajaan tidak lagi menyalurkan bantuan dalam bentuk tunai semata-mata. Sebaliknya, bantuan ini diberikan secara cashless.

Bayaran terus dimasukkan ke dalam MyKad penerima, membolehkan pembelian barangan keperluan asas dibuat di ribuan kedai terpilih seluruh negara.

Tunggu dulu! Kalau anda masih keliru sama ada layak atau tidak, berapa kadar bantuan yang diterima, dan bagaimana cara menggunakannya, kami kongsikan panduan lengkap SARA 2026 di bawah.

Join Channel Whatsapp


Isi Kandungan

Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2026)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah inisiatif bantuan bersasar kerajaan bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan rentan.

Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan asas seperti makanan, barangan kebersihan, keperluan bayi dan ubat-ubatan tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.

Untuk tahun 2026, SARA disalurkan secara automatik kepada penerima yang layak melalui MyKad, dan boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih, termasuk pasar raya besar seperti Mydin, Bataras dan CKS, serta kedai runcit tempatan.

Secara keseluruhan, penerima boleh membeli sehingga 90,000 jenis barangan daripada 14 kategori keperluan asas.

Baca Juga :


Syarat Kelayakan SARA 2026

Kelayakan SARA 2026 dibahagikan kepada dua kumpulan utama:

1. Miskin Tegar & Miskin eKasih

Anda layak jika:

  • Warganegara Malaysia

  • Lulus STR 2026 (Isi Rumah / Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan)

  • Tersenarai dalam data Miskin Tegar atau Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau semakan berkala

2. Penerima STR 2026 (Selain eKasih)

Anda juga layak jika:

  • Warganegara Malaysia

  • Lulus STR 2026 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan

Semakan data eKasih akan dibuat secara berkala mengikut fasa tertentu sepanjang tahun 2026.


Kadar Bantuan SARA 2026 (Bulanan)

Berikut ringkasan kadar bantuan yang ditetapkan:

  • Isi Rumah Miskin / Miskin Tegar: RM200 sebulan (RM2,400 setahun)

  • Isi Rumah selain eKasih: RM100 sebulan (RM1,200 setahun)

  • Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih): RM150 sebulan

  • Warga Emas selain eKasih: RM50 sebulan

  • Bujang eKasih: RM100 sebulan

  • Bujang selain eKasih: RM50 sebulan

Selain itu, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 bantuan SARA secara one-off pada Februari 2026, tanpa mengira status STR.

SARA 2026


Tarikh Bayaran SARA 2026

Bayaran SARA 2026 dikreditkan setiap bulan bermula Januari hingga Disember 2026 terus ke MyKad penerima.

Baki yang tidak digunakan tidak luput setiap bulan dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.

1. ISI RUMAH

BulanMiskin / Miskin Tegar (eKasih)Selain eKasih
JanuariRM200RM100
FebruariRM200RM100
MacRM200RM100
AprilRM200RM100
MeiRM200RM100
JunRM200RM100
JulaiRM200RM100
OgosRM200RM100
SeptemberRM200RM100
OktoberRM200RM100
NovemberRM200RM100
DisemberRM200RM100
Jumlah SetahunRM2,400RM1,200

2. WARGA EMAS TIADA PASANGAN

BulanMiskin / Miskin Tegar (eKasih)Selain eKasih
JanuariRM150RM50
FebruariRM150RM50
MacRM150RM50
AprilRM150RM50
MeiRM150RM50
JunRM150RM50
JulaiRM150RM50
OgosRM150RM50
SeptemberRM150RM50
OktoberRM150RM50
NovemberRM150RM50
DisemberRM150RM50
Jumlah SetahunRM1,800RM600

3. BUJANG

BulanMiskin / Miskin Tegar (eKasih)Selain eKasih
JanuariRM100RM50
FebruariRM100RM50
MacRM100RM50
AprilRM100RM50
MeiRM100RM50
JunRM100RM50
JulaiRM100RM50
OgosRM100RM50
SeptemberRM100RM50
OktoberRM100RM50
NovemberRM100RM50
DisemberRM100RM50
Jumlah SetahunRM1,200RM600

4. BANTUAN PENGHARGAAN SARA (ONE-OFF)

KategoriBulan BayaranKadar
Semua Warganegara Malaysia 18 Tahun Ke AtasFebruari 2026RM100 (Sekali Sahaja)

Cara Semak Status SARA 2026

Anda boleh membuat semakan kelayakan melalui dua kaedah mudah:

  1. Portal MyKasih
    https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
    Masukkan nombor MyKad dan klik “Semak Status”.

  2. Portal STR LHDN
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
    Log masuk dan semak status STR serta SARA anda.


Cara Menggunakan SARA 2026 Guna MyKad

Tak perlu aplikasi bank atau e-wallet. Ikut langkah mudah ini:

  1. Pilih barangan keperluan daripada 14 kategori dibenarkan

  2. Pastikan barangan mempunyai label SARA

  3. Serahkan MyKad kepada juruwang

  4. Bayaran ditolak automatik daripada kredit SARA

  5. Simpan resit sebagai rujukan

Jika jumlah pembelian melebihi baki, lebihan perlu dibayar secara tunai atau kaedah lain.


Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli

Antara barangan yang dibenarkan:

  • Beras, minyak masak, telur, tepung, gula

  • Sayur, ayam, ikan, susu

  • Roti, mi segera, biskut

  • Lampin pakai buang, sabun mandi

  • Ubat asas seperti Panadol

  • Alat tulis dan keperluan sekolah


Maklumat Lanjut & Bantuan

Untuk sebarang pertanyaan:

  • Portal rasmi: https://sara.gov.my

  • Laman MyKasih: www.mykasih.com.my

  • Talian Bantuan MyKasih: 03-7720 1800 (Isnin–Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang)


Soalan Lazim (FAQ) SARA 2026

Perlu mohon SARA 2026?
Tidak perlu. Kelayakan adalah automatik berdasarkan data STR dan eKasih.

Boleh guna di mana?
Di lebih 4,100 kedai rakan MyKasih seluruh Malaysia.

Apa jadi kalau MyKad hilang?
Buat penggantian di JPN dan maklumkan kepada MyKasih.

Baki boleh dibawa ke bulan seterusnya?
Ya, baki tidak luput sehingga akhir tahun 2026.


Kesimpulannya, SARA 2026 adalah antara bantuan paling praktikal kerana ia memastikan bantuan digunakan khusus untuk keperluan asas.

Jangan lupa buat semakan dan manfaatkan sepenuhnya bantuan yang disediakan ini.

Leave a Comment